Produk Minda Online

Apa itu Kuarantin?

Memang kita semua sedia maklum bahawa virus influenza H1N1 nii masih berleluasa di negara kita. Kita juga seringkali terdengar saranan pelbagai pihak tentang langkah-langkah pencegahannya. Untuk 'posting' kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang pelbagai istilah dan juga penerangan ringkas tentang langkah pencegahan H1N1 ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kuarantin?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kuarantin dapat diertikan sebagai tempoh pengasingan seseorang atau sesuatu yang disyaki membawa penyakit. Hal ini bermakna bahawa apabila terdapat tanda-tanda pada seseorang atau sesuatu sama ada haiwan atau tumbuh-tumbuhan, atau sebarang bentuk makanan yang dipercayai dapat membawa penyakit atau wabak, maka tindakan pengasingan akan dilakukan, untuk mencegah penularan atau jangkitan daripada tersebar kepada orang lain.

10 perkara tentang kuarantin

1. Duduk di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang dikenakan dan elakkan sentuhan dengan ahli keluarga lain yang tidak dikehendaki menjalani proses kuarantin.

2. Jangan tinggalkan rumah untuk menghadiri sebarang majlis atau aktiviti termasuklah kenduri, membeli-belah, melancong, menyertai aktiviti keagamaan atau menghadiri kelas tuisyen.

3. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, saudar-mara atau rakan-rakan sekiranya anda perlu membeli makanan atau keperluan harian. Jangan pergi sendiri ke pasar atau kedai.

4. Elakkan sentuhan dengan orang yang menawarkan bantuan kepada anda.Jangan pegang, belai atau berjabat tangan dengan sesiapa.

5. Catatkan nama, alamat atau nombor telefon orang yang datang menemui anda atau menziarahi atau membantu anda, Ini untuk memudahkan kerja mengesan mereka sekiranya mereke menunjukkan sebarang simptom penyakit.

6. Pakai topeng jika anda batuk, bersin atau selesema dan sakit tekak. Ini mengelakkan kuman atau virus tersebar kepada orang sekeliling.

7. Amalkan etika semasa batuk dan jaga kebersihan diri dengan rapi. Tutup mulut semasa batuk atau bersin. Pastikan ruang udara sekeliling adalah baik. Jangan duduk di tempat terkepong atau pengudaraannya yang tidak baik.

8. Awasi simptom selesema termasuklah demam dan batuk. Dapatkan rawatan segera jangan tunggu demam anda semakin serius.

9. Hubungi Kementerian Kesihatan, klinik atau hospital berhampiran jika ada tanda-tanda selesema.

10. Sentiasa ikuti perkembangan semasa tentang influenza H1N1 sama ada dari media cetak atau media massa.
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting