Produk Minda Online

Temasya Sukan Sekolah

Pada 20hb. yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan. Temasya ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.30 tgh. YDP PIBG, En. Ismail bin Harun telah merasmikan pembukaan kejohanan sukan ini sementara Dato' Nasaruddin bin Mahmud iaitu Timbalan Ketua UMNO Tampin telah sudi merasmikan majlis penutupannya. Dikesempatan ini pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang telah bekerjasama sama ada menghulurkan bantuan wang ringgit dan juga tenaga. Antara tenaga penting yang terlibat dalam membantu merealisasikan kejohanan ini ialah Dato'Nasarudin bin Mahmud, En. Ghuzali bin Osman ( Ketua UMNO Kg. Ulu Rokan ), Sdr. Baharin bin Kamis, Syarikat Kayu Untung Sdn. Bhd., Ibu Waris Gemencheh, Noham Enterprise, PGS Juwita dan Maria, YDP PIBG En. Ismail bin Harun dan barisan AJK PIBG, Tn. Hj. Ali bin Hj. Lawang, pengusaha Kantin sekolah, JKKK Kg. Batang Rokan dan Kg. Ulu Rokan, Guru-guru dan staff SK. Rokan, para dermawan, para pelajar dan seterusnya kepada sesiapa juga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kerjasama anda berkekalan. Terima kasih daun keladi.
Dalam kejohanan ini, Rumah Bendahara telah memecah tradisi dengan muncul juara keseluruhan mengalahkan penyandang juara Laksamana, sementara Syahbandar seperti biasa hanya menduduki tempat ketiga.



YDP En. Ismail diperkenalkan kepada para atlet



Barisan Rumah Syahbandar

Barisan Rumah Laksamana

Barisan Rumah Bendahara


Antara aksi yang sempat dirakam


Adik Aina Arina sedang menghampiri garisan penamat..Ponek tak?

Hiasan rumah sukan yang meriah...


Aksi Cikgu Nooraini membaling kelapa..cam biasa jer membaling..hii.hii

Tetamu Kehormat yang sempat hadir

Sebahagian daripada para ibu bapa dan tetamu yang datang

Dato' Nasarudin sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan kejohanan sukan

Cenderahati dihulurkan oleh Guru Besar sebagai penghargaan

Aksi tarik tali daripada belia kampung

Olahragawan kita pada tahun ini Adik Amirul Hakim bin Zolkiple..meraih 4 emas

Ini pula Olahragawati kita Adik Nurulaini bt Jemelaili dengan lima emas

Aksi tiga orang kuat kejohanan kita..manja tapi bertenaga

Lawatan Mengejut JPNS

Pada 18 Februari lalu , empat orang Pegawai daripada Sektor Jaminan Kualiti telah mengadakan lawatan mengejut ke sekolah. lawatan ini sebenarnya adalah mahu mengenalpasti masalah yang terdapat di sekolah sehingga menjejaskan keputusan UPSR tahun lepas. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Khalsom, E. Mohd. Mazlan, Hj. Abd Aziz dan Pn. Laila. Para pegawai ini mengharapkan semoga pada tahun ini keputusan UPSR akan meningkat khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu, kepada para guru, ayuhlah kita bersama-sama berusaha meningkatkan prestasi akademik sekolah dan kepada para pelajar... giatkan usaha anda, fokuskan kepada akademik buktikan kita sebenarnya boleh berjaya.




Inilah antara sesi taklimat yang sempat dirakamkan.

Latihan Sukan Bermula

Pada minggu ini, para pelajar dan juga guru sedang sibuk memilih peserta rumah sukan masing-masing bagi Kejohanan Sukan sekolah yang akan diadakan pada 20 Februari nanti. Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga buah rumah sukan di sekolah ini memandangkan bilangan pelajarnya yang tidak begitu ramai. Rumah sukan tersebut ialah Rumah Bendahara, Rumah Laksamana dan Rumah Syahbandar.
Berkenaan dengan Kejohanan Sukan ini, pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penaja. Terutamanya kepada En. Baharin yang telah menaja t-shirt buat semua pegawai sukan dan semua pelajar. Nanti admin akan postkan senarai penaja yang lain ye..



Inilah aksi senaman menguatkan otot yang dibuat oleh para pelajar sebelum mereka menjalani latihan




Aksi Aiman Idris yang sedang melompat sempat dirakamkan...

Pemantauan PPD Tampin

Pada 9 Februari yang lalu sepasukan Pegawai daripada Pejabat Pelajaaran Daerah Tampin telah datang ke sekolah ini untuk pemantauan. Lawatan yang terdiri daripada 8 orang pegawai ini diketui oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Puan Noridah. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pemantauan pengajran guru di dalam kelas, pemantauan dokumen-dokumen kurikulum, HEM, Kokurikulum, kewangan dan juga persekitaran sekolah.Pemantauan ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehinggalah tamat waktu persekolahan. Selepas itu satu perjumpaan antara pegawai dengan Guru Besar serta GPK telah dilakukan. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan..dan selepas itu dihuraikan juga dapatan daripada pemantauan ini.



Inilah antara dokumen yang sempat dipantau oleh Para Pegawai PPD Tampin

Pn. Noridah sempat berbincang dengan En. Tajuddin tentang Perancangan Strategik sekolah kami.

Ustaz Johari pula...bersendirian memantau dokumen kami
Selepas itu satu taklimat penutup diadakan. Nampaknya GB kelihatan tenang..baguslah tuu kot


Berikut dicatatkan beberapa komen yang diberi. Baik komen positif atau komen negatif admin akan paparkan sebagai panduan kepada semua guru dan kakitangan serta panduan untuk sekolah-sekolah lain.

Komen 1:-Ustaz Johari ( tidak dinyatakan nama guru yang dipantau )
1. Buku Rekod P&P disediakan dengan baik dan amat memuaskan.
2. Buku latihan disemak dengan baik tetapi perlu tekankan aspek pembetulan.
3. Pengajaran mengikut sukatan
4. Kurang tekankan aspek penggayaan dan pemulihan
5. Data headcount kurang lengkap
6. Keseluruhannya memuaskan.
Pstt:*Kita mendapat kemenangan yang pertama..( Nujum Pak Belalang )

Komen 2 :- Encik Shahizan
1. Buku Rekod diselenggara dengan baik
2. Buku latihan diperiksa
3. Maklumat guru pada buku rekod pengajaran adalah paling lengkap pernah dijumpai..dan mencadangkan agar seluruh Tampin berbuat demikian iaitu tampalkan maklumat guru berdasarkan data EMIS.
4. Kurang tekankan proses kemahiran tetapi faham guru agak gementar
5. Pengurusan bengkel yang baik
6. Alatan tersusun rapi namun lebih baik labelkan dalam dua bahasa.
7. Perlu beratkan langkah keselamatan.

Komen 3:-En. E Kim Tong
1. tahap pengurusan kewangan yang baik
2. Mengucapkan tahniah kerana mendapat laporan audit tanpa teguran selama tiga tahun berturut-turut.
3. Buku tunai diselenggara dengan baik
4. Maklumat pada Surat kuasa kurang tepat.
5. Penyata bank/slip bank diselenggara dengan baik dan cantik
6. Buku daftar setem sangat baik..beliau turut mengambil contoh untuk dibawa pulang.
7. Patskom dikemaskini
8. Fail pekeliling perlu dibuat pecahan mengikut kementerian/jabatan/PPD
9. Keseluruhannya "Antara sekolah terbaik dalam pengurusan kewangan dan mencadangkan agar dicalonkan bagi pengurusan kewangan terbaik sekolah luar bandar"

Komen 4:-En. Kamil
1. Kantin bersih dan ceria
2. Jangan beri air batu kepada pelajar RMT
3. Elakkan membakar sampah pada waktu persekolahan
4. Semak laporan daripada Kementerian Kesihatan dan baiki apa yang kurang
5. Cadangkan supaya menanam pokok yang mengeluarkan hasil dan melabelkan pokok.
6. P&P baik dan menarik
7. Inpak perlu ditulis dalam bentuk jumlah murid dan bukannya peratus.

Komen 5:-En. Tajuddin
1. Buku rekod P&P lengkap.
2. BBM perlu diperbanyak
3. Perlu ada refleksi
4. semakan buku latihan baik tetapi perlu beri penghargaan

Komen 6:-En. Annuar
1. Jadual Kedatangan murid baik.
2. Jadual Kedatangan guru dan staff- baik tetapi perlu buat catatan bagi guru-guru yang tidak hadir
3. Visi dan Misi sekolah baik
4. jawatankuasa LDP ditubuhkan dan merancang aktiviti.
5. Ada maklumat yang kurang lengkap pada buku Daftar Murid.

Komen 7:-Pn. Izzan Irani
1. Carta ada dan lengkap
2. Buku surat terima perlu ada tanda tangan guru.
3. Pejabat ceria

Komen 8:- Pn. Noridah
1. Guru paling baik pernah dipantau. Ada potensi menjadi guru cemerlang. Harap Guru Besar memberi bimbingan.
2. Persekitaran sekolah cantik, ceria, dan kondusif.
3. jadual pencerapan perlu dikemaskini dan harap GPK pun mencerap guru-guru.
4. Perancangan Strategik baik dan tahniah keran sudah siap.
5. Analisa headcount perlu dititikberatkan jangan sekadar tontonan.
6. Pelajar yang berpotensi perlu dipantau.

KESIMPULANNYA: SANGAT BAIK DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA..Itulah hasilnya jika kita sentiasa berganding bahu, bersatu-padu dan bekerjasama. Ingat kami tak kuat dan kami tak hebat tapi apa yang penting? kerjasama! Apa yang penting ? Kerjasama!!!!




Operasi Stor PJK

Salam semua..minggu ini boleh dikatakan minggu sibuk. Payah benar hendak melihat para guru duduk bersembang. Semuanya sibuk buat kerja. Kalau tidak sibuk menaip , mereka sibuk mengemas fail atau dokumen, kalau tidak sibuk mengemas fail atau dokumen, mereka sibuk pula mengemas bilik-bilik khas. Adakalanya sampai ke petang. Mungkin di rumah pun mereka tidur berbantalkan dokumen dan fail.Hal yang sama juga berlaku kepada staff sekolah. Syabas semua. Admin rasa bangga dengan kerajinan para guru dan staff yang lain. Guru Besar pun pastinya berpuas hati mempunyai anak buah yang begitu komited.
'Post' kali ini memaparkan gambar-gambar aktiviti mengemas stor PJK. Cikgu Norazlin menjadi 'kepten' dalam aktiviti ini dengan dibantu oleh para pelajar Tahun Lima yang diketuai oleh Wan Suhaidey.



Wan Suhaidey sedang memerhatikan Aiman mengangkat bakul bola

Yang berbaju oren itulah keptennya.


Inilah hasilnya apabila kepten mengarahkan askarnya berkerja.

Diharapkan supaya semua warga sekolah bekerjasama dalam menjaga kekemasan stor PJK kita.

Perjumpaan Tiga Penjuru Bagi Misi UPSR 2010

Pada 28hb yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, satu majlis perjumpaan tiga penjuru bagi misi memburu kecemerlangan dalam UPSR 2010 telah diadakan. Majlis ini berlangsung di kelas Tahun 6 dan dihadiri oleh Tuan Guru Besar, Hj. Norizan bin Pilus, Pengerusi PIBG, En. Ismail bin Harun, para guru, barisan AJK PIBG, ibu bapa dan para pelajar.
Perjumpaan sebegini penting bagi membincangkan perjalanan Program Kecemerlangan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, membincang dan mencari persetujuan tentang kos operasi program, pembahagian mentor-mentee, menandatangani akujanji, dan ikrar pelajar.
Semoga dengan usaha yang jitu dan dengan kerjasama oleh PIBG dan ibu bapa diharapkan pada tahun ini keputusan UPSR sekolah ini akan meningkat. Ditambah pula dengan program tuisyen yang dijalankan oleh JKK Kg. Batang Rokan diharap dapat memantapkan lagi para pelajar. Kepada para pelajar didoakan anda berjaya dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Yakin Boleh!!



Sorakan Semangat Pelajar

Bacaan Akujanji

Bertemu Mentor masing-masing

Hafizi sedang menandatangani akujanji sambil diperhatikan oleh ayahnya En. Abdul Hadi


Para guru tekun mendengar penerangan daripada Guru Besar

Sebahagian kaum ibu yang sempat hadir

Ini pula wakil kaum bapa

Cikgu Nooraini selaku pengerusi majlis merangkap guru kelas Tahun 6 sedang asyik menerangkan tentang perjalanan program. Cikgu Norizan pula kelihatan sungguh khusyuk dan tawaduk mendengarnya..hi..hi..hi

Inilah 'orang kuat' bagi Program Peningkatan UPSR 2010. Cikgu Mohd. Noor selaku GPK 1, En. Ismail b. Harun selaku Pengerusi PIBG dan Tn. Hj. Norizan b. Pilus
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting