Produk Minda Online

Selamat Pengantin Baru Buat Ustazah Reha

Pada 20 Mac 2010 menjadi hari paling bermakna buat Ustazah Reha. Tarikh ini menjadi detik penting buat Ustazah Reha kerana beliau selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Majlis berlangsung di Sungai Kelamah. Inilah foto-foto yang admin sempat editkan istimewa untuk Ustazah kita ni. Selamat Pengantin Baru semoga anda berdua hidup dalam rukun dan damai serta bahagian sehingga ke akhir hayat. Amin..



Inilah kad undangan yang cantik buat kami berkunjung ke Sungai Kelamah


Gambar pengantin yang sempat admin editkan dan framekan sekali..percuma saja..



Asyik pengantin makan..

Terima kasih kerana sediakan bubur kegemaran admin

Inilah sebahagian hantaran perkahwinan


Program English In Camp Berjaya!!Terima kasih Dato' Kudin

Buat pertama kalinya, pihak sekolah telah menganjurkan program English In Camp. Program ini bermatlamat untuk menanamkan rasa minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Program ini diadakan pada 15 dan 16 Mac yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ice breaking, motivasi, teknik menjawab soalan, persembahan dan sebagainya. Program ini dikhususkan kepada pelajar Tahun 5 dan 6. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Nasaruddin kerana menghulurkan sumbangan dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua fasilitator yang dijemput dan juga kepada para guru kerana sama-sama membantu walaupun program ini dijayakan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Komitmen seperti ini amat membantu. Terima kasih juga kepada pengusaha Kantin..Pn. Siti Roziah yang bertungkus-lumus menyiapkan makanan yang lazat kepada kami semua.


Pn. Norizan membantu salah satu kumpulan dalam aktiviti Ice Breaking

Pn. zuraidah daripada SK. Datuk Abdullah turut bersama-sama kami selama dua hari ini. Terima kasihlah ye..

Tuan Guru Besar juga sempat meluangkan masa melihat aktiviti murid dan mungkin turut memantau kami kot..hi..hii..hii

Cikgu Azmi Che Lah kembali lagi ke sekolah ini dalam aktiviti motivasinya..


Sesi yang dikendalikan oleh Cikgu Siti Romiyah juga tidak kurang hebatnya..

Lihatlah betapa rajinnya para pelajar datang bertanya ...

Inilah orang kuat program ini..Cik Siti Aishah
Tuan Guru Besar sempat berucap..dalam Bahasa Inggeris lagi..cayalah..

Persembahan paling diingati eieio...eieiooooo

Antara persembahan pelajar

Ini juga persembahan pelajar..semuanya dalam Bahasa Inggeris

Anugerah pelajar paling aktif untuk Tahun enam dimenangi oleh Adik Amirul Hakim

Adik Aiman pula menang kategori yang sama bagi Tahun Lima

sedikit cenderahati untuk fasilitator..dan gambargambar di bawah pula adalah antara hasil pelajar yang sempat dirakam..







Kesimpulannya English In Camp yang pertama kali diadakan ini memperlihat betapa para pelajar kita sebenarnya sangat berminat belajar Bahasa Inggeris. Walaupun sukar mereka tidak jemu bertanya dan berbincang selain merujuk kamus.. Harapan kami agar aktiviti seperti ini diadakan lagi..dan diharapkan adalah dermawan yang sudi memberi sumbangan kepada kami lagi sepertimana yang disumbangkan oleh Dato' Nasarudin.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30

Tepat jam 3 petang tadi maka berlangsunglah Mesyuarat Agung PIBG sekolah kali ke-30. Pada tahun ini agak awal buat kami mengadakan mesyuarat ini namun ia bukanlah alasannya untuk kami tidak menjalankan kewajipan kami. Admin selaku Setiausaha PIBG sebagai wakil PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir bagi membincangkan isu-isu berkaitan PIBG dengan pengkhususan kepada kejayaan akademik. Ini penting kerana pada tahun ini kami sememangnya berazam untuk membuktikan bahawa SK Rokan mampu berjaya dan menggegar. Yeah "KITA KASI GEGAR".
Antara apa yang dipersetujui dalam mesyuarat ini adalah pengekalan YDP dan NYDP. Admin secara peribadi pun memang suka hal ini berlaku kerana dua kombinasi ini nampaknya sangat serasi dan mantap.
Selain itu juga kami turut bersetuju untuk menambah sumbangan PIBG bagi membantu pihak sekolah. Wang pada masa ini sangat penting..ada wang semua yang dirancang mampu direalisasikan.Lagipun ini semua untuk anak-anak kita jugakan.


Inilah sebahagian kaum ibu yang sempat hadir dan kelihatannya agak tekun membaca minit mesyuarat yang lalu.

Apa-apapun daftar dulu ye..( Perasan tak? Cikgu Reha semakin berseri-seri..apa sebabnya? )

Persembahan nasyid daripada pelajar turut disertakan sebagai hiburan tetamu

Inilah tetamu istimewa kita. dari kiri En. Ismail bin Harun (YDP), En. Mohd. Rozi bin Hamzah (wakil PPD), Tn. Guru Besar, Imam Kg. Ulu Rokan, Hj. Ujang bin Yassin yang dijemput khas bagi membacakan doa dan En. Md. Jimi bin Raslim (NYDP)

Cikgu Nooraini selaku juru acara majlis kita kali ini. Hebatnya Cikgu Nooraini kali ini sebab sudah pandai cakap dalam Bahasa Arab lagi.

Tn. Imam kita sedang membacakan doa. Semoga hasrat dan cita-cita murni kami untuk menjadi sekolah yang cemerlang akan termakbul.Amin

En. Ismail sedang berucap. Beliau mengharapkan supaya ibu bapa sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah.

Guru Besar juga berucap. Tn. Guru Besar berasa kagum dengan kerjasama dari ibu bapa dan beliau turut memberi penerangan ringkas tentang hala tuju sekolah kita.

En. Mohd. Rozi bin Hamzah selaku Bapa Angkat sekolah dan wakil PPD. Beliau juga kagum dengan perkembangan sekolah yang dilihatnya sentiasa berubah ke arah kegemilangan.

"Terimalah cenderahati daripada kami."Mungkin inilah yang diperkatakan oleh Guru Besar kepada En. Rozi.

Mesyuarat Agung mula berlangsung...

Guru Besar dengan panjang lebarnya menghuraikan konsep lompatan saujana dan pengisiannya

Ada juga tetamu yang hadir menerima hadiah daripada Cabutan Bertuah. terima kasih diucapkan kepada YDP kita yang menaja hadiah.

Candid 1 : Cikgu Norazlin tengah menyusun nombor cabutan..sebab itulah beliau satu-satunya wakil guru yang mendapat hadiah..Rupa-rupanya inilah rahsianya ye...

Candid 2 : Cikgu Norizan yang sedang berkursus di Tampin sempat singgah di sekolah bagi memberi sokongan. Persoalannya sekarang..Siapakah kanak-kanak itu?Mengapakah beliau begitu gembira?..Admin akan menyiasat perkara ini nanti..

Ceramah Maulidur Rasul


Pada 3 Mac yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu sambutan Maulidur Rasul. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan dan seterusnya satu ceramah diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Mohsin. Sebelum itu pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan khat dan sebagainya.


Ustazah Reha diamanahkan sebagai Pengerusi Majlis.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid

Bacaan doa oleh Ustaz Haji Razali

Tn. Guru Besar sempat memberikan sepatah dua kata dan berharap aktiviti ini memberi manafaat kepada para pelajar.

Inilah Ustaz Muhammad yang memberikan ceramah dengan cara tersendiri dan menghiburkan pelajar.

Penyampaian hadiah oleh YDP En. Ismail bin Harun



Inilah reaksi pelajar terhadap ceramah yang disampaikan..ada juga yang kena tembak oleh Ustaz Muhammad yang sempat membawa pistol air...
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting