Produk Minda Online

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, Kami seluruh warga SK Rokan mengucapkan Selamat Hari Raya. Kami juga memohon ampun maaf jika ada ketelanjuran kata dan bahasa. Harapan kami agar semua yang menyambut Hari Raya dapat menyambutnya dengan penuh hikmah. Berhati-hati di jalan raya. Kepada Para pelajar pula elakkanlah bermain mercun. Bersopanlah apabila beraya dan paling penting jangan lupakan pelajaran anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Apa itu Kuarantin?

Memang kita semua sedia maklum bahawa virus influenza H1N1 nii masih berleluasa di negara kita. Kita juga seringkali terdengar saranan pelbagai pihak tentang langkah-langkah pencegahannya. Untuk 'posting' kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang pelbagai istilah dan juga penerangan ringkas tentang langkah pencegahan H1N1 ini.Apakah yang dimaksudkan dengan kuarantin?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kuarantin dapat diertikan sebagai tempoh pengasingan seseorang atau sesuatu yang disyaki membawa penyakit. Hal ini bermakna bahawa apabila terdapat tanda-tanda pada seseorang atau sesuatu sama ada haiwan atau tumbuh-tumbuhan, atau sebarang bentuk makanan yang dipercayai dapat membawa penyakit atau wabak, maka tindakan pengasingan akan dilakukan, untuk mencegah penularan atau jangkitan...
Page 1 of 2212345Next
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting