Produk Minda Online
Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Pemantauan PPD Tampin

Pada 9 Februari yang lalu sepasukan Pegawai daripada Pejabat Pelajaaran Daerah Tampin telah datang ke sekolah ini untuk pemantauan. Lawatan yang terdiri daripada 8 orang pegawai ini diketui oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Puan Noridah. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pemantauan pengajran guru di dalam kelas, pemantauan dokumen-dokumen kurikulum, HEM, Kokurikulum, kewangan dan juga persekitaran sekolah.Pemantauan ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehinggalah tamat waktu persekolahan. Selepas itu satu perjumpaan antara pegawai dengan Guru Besar serta GPK telah dilakukan. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan..dan selepas itu dihuraikan juga dapatan daripada pemantauan ini.



Inilah antara dokumen yang sempat dipantau oleh Para Pegawai PPD Tampin

Pn. Noridah sempat berbincang dengan En. Tajuddin tentang Perancangan Strategik sekolah kami.

Ustaz Johari pula...bersendirian memantau dokumen kami
Selepas itu satu taklimat penutup diadakan. Nampaknya GB kelihatan tenang..baguslah tuu kot


Berikut dicatatkan beberapa komen yang diberi. Baik komen positif atau komen negatif admin akan paparkan sebagai panduan kepada semua guru dan kakitangan serta panduan untuk sekolah-sekolah lain.

Komen 1:-Ustaz Johari ( tidak dinyatakan nama guru yang dipantau )
1. Buku Rekod P&P disediakan dengan baik dan amat memuaskan.
2. Buku latihan disemak dengan baik tetapi perlu tekankan aspek pembetulan.
3. Pengajaran mengikut sukatan
4. Kurang tekankan aspek penggayaan dan pemulihan
5. Data headcount kurang lengkap
6. Keseluruhannya memuaskan.
Pstt:*Kita mendapat kemenangan yang pertama..( Nujum Pak Belalang )

Komen 2 :- Encik Shahizan
1. Buku Rekod diselenggara dengan baik
2. Buku latihan diperiksa
3. Maklumat guru pada buku rekod pengajaran adalah paling lengkap pernah dijumpai..dan mencadangkan agar seluruh Tampin berbuat demikian iaitu tampalkan maklumat guru berdasarkan data EMIS.
4. Kurang tekankan proses kemahiran tetapi faham guru agak gementar
5. Pengurusan bengkel yang baik
6. Alatan tersusun rapi namun lebih baik labelkan dalam dua bahasa.
7. Perlu beratkan langkah keselamatan.

Komen 3:-En. E Kim Tong
1. tahap pengurusan kewangan yang baik
2. Mengucapkan tahniah kerana mendapat laporan audit tanpa teguran selama tiga tahun berturut-turut.
3. Buku tunai diselenggara dengan baik
4. Maklumat pada Surat kuasa kurang tepat.
5. Penyata bank/slip bank diselenggara dengan baik dan cantik
6. Buku daftar setem sangat baik..beliau turut mengambil contoh untuk dibawa pulang.
7. Patskom dikemaskini
8. Fail pekeliling perlu dibuat pecahan mengikut kementerian/jabatan/PPD
9. Keseluruhannya "Antara sekolah terbaik dalam pengurusan kewangan dan mencadangkan agar dicalonkan bagi pengurusan kewangan terbaik sekolah luar bandar"

Komen 4:-En. Kamil
1. Kantin bersih dan ceria
2. Jangan beri air batu kepada pelajar RMT
3. Elakkan membakar sampah pada waktu persekolahan
4. Semak laporan daripada Kementerian Kesihatan dan baiki apa yang kurang
5. Cadangkan supaya menanam pokok yang mengeluarkan hasil dan melabelkan pokok.
6. P&P baik dan menarik
7. Inpak perlu ditulis dalam bentuk jumlah murid dan bukannya peratus.

Komen 5:-En. Tajuddin
1. Buku rekod P&P lengkap.
2. BBM perlu diperbanyak
3. Perlu ada refleksi
4. semakan buku latihan baik tetapi perlu beri penghargaan

Komen 6:-En. Annuar
1. Jadual Kedatangan murid baik.
2. Jadual Kedatangan guru dan staff- baik tetapi perlu buat catatan bagi guru-guru yang tidak hadir
3. Visi dan Misi sekolah baik
4. jawatankuasa LDP ditubuhkan dan merancang aktiviti.
5. Ada maklumat yang kurang lengkap pada buku Daftar Murid.

Komen 7:-Pn. Izzan Irani
1. Carta ada dan lengkap
2. Buku surat terima perlu ada tanda tangan guru.
3. Pejabat ceria

Komen 8:- Pn. Noridah
1. Guru paling baik pernah dipantau. Ada potensi menjadi guru cemerlang. Harap Guru Besar memberi bimbingan.
2. Persekitaran sekolah cantik, ceria, dan kondusif.
3. jadual pencerapan perlu dikemaskini dan harap GPK pun mencerap guru-guru.
4. Perancangan Strategik baik dan tahniah keran sudah siap.
5. Analisa headcount perlu dititikberatkan jangan sekadar tontonan.
6. Pelajar yang berpotensi perlu dipantau.

KESIMPULANNYA: SANGAT BAIK DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA..Itulah hasilnya jika kita sentiasa berganding bahu, bersatu-padu dan bekerjasama. Ingat kami tak kuat dan kami tak hebat tapi apa yang penting? kerjasama! Apa yang penting ? Kerjasama!!!!




Perjumpaan Tiga Penjuru Bagi Misi UPSR 2010

Pada 28hb yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, satu majlis perjumpaan tiga penjuru bagi misi memburu kecemerlangan dalam UPSR 2010 telah diadakan. Majlis ini berlangsung di kelas Tahun 6 dan dihadiri oleh Tuan Guru Besar, Hj. Norizan bin Pilus, Pengerusi PIBG, En. Ismail bin Harun, para guru, barisan AJK PIBG, ibu bapa dan para pelajar.
Perjumpaan sebegini penting bagi membincangkan perjalanan Program Kecemerlangan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, membincang dan mencari persetujuan tentang kos operasi program, pembahagian mentor-mentee, menandatangani akujanji, dan ikrar pelajar.
Semoga dengan usaha yang jitu dan dengan kerjasama oleh PIBG dan ibu bapa diharapkan pada tahun ini keputusan UPSR sekolah ini akan meningkat. Ditambah pula dengan program tuisyen yang dijalankan oleh JKK Kg. Batang Rokan diharap dapat memantapkan lagi para pelajar. Kepada para pelajar didoakan anda berjaya dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Yakin Boleh!!



Sorakan Semangat Pelajar

Bacaan Akujanji

Bertemu Mentor masing-masing

Hafizi sedang menandatangani akujanji sambil diperhatikan oleh ayahnya En. Abdul Hadi


Para guru tekun mendengar penerangan daripada Guru Besar

Sebahagian kaum ibu yang sempat hadir

Ini pula wakil kaum bapa

Cikgu Nooraini selaku pengerusi majlis merangkap guru kelas Tahun 6 sedang asyik menerangkan tentang perjalanan program. Cikgu Norizan pula kelihatan sungguh khusyuk dan tawaduk mendengarnya..hi..hi..hi

Inilah 'orang kuat' bagi Program Peningkatan UPSR 2010. Cikgu Mohd. Noor selaku GPK 1, En. Ismail b. Harun selaku Pengerusi PIBG dan Tn. Hj. Norizan b. Pilus

Kecemerlangan Semester 1






Satu majlis ringkas penyampaian hadiah kecemerlangan murid bagi Semester Satu telah diadakan pada 21 Julai bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Majlis yang setiap tahun diadakan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya meraih markah tertinggi setiap kelas dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting