Produk Minda Online

Tadarus Al Quran

Salam, sepanjang Ramadan ini, pihak sekolah telah menggunakan waktu rehat untuk aktiviti tadarus Al Quran. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diselia oleh para guru. Setiap kumpulan ini juga diberi senarai Juzuk yang perlu dibaca..Aktiviti ini sangat baik bagi mencari keberkatan Ramadan tahun ini. Diharapkan aktiviti sebegini bakal menjadi pemangkin kepada generasi yang menghayati Al Quran dan dapat menjadikan Islam sebagai ad-din.








Hari Pertama Puasa

Puasa adalah menahan diri daripada segala godaan. Puasa juga melatih diri supaya bersabar..Tahun ini kita berpuasa di hari persekolahan. Diharapkan supaya semua yang berpuasa baik murid-murid atau staff dapat lebih banyak bersabar dan melipatganda amalan.

Kepada murid-murid, biasakanlah diri untuk berpuasa supaya kita dapat merasai bagaimana kesengsaraan saudara sesama Islam kita yang kelaparan seperti di Gaza dan Somalia.

Selamat Berpuasa.................

Sekitar Majlis Bacaan Yassin

Pada 5 Ogos yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin. Majlis ini khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Yang Maha Esa bagi dipermudahkan jalan kejayaan para pelajar Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR.
majlis ini diadakan selepas Maghrib dan mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan ibu bapa. Turut hadir ke majlis ini ialah dua orang mantan Guru Besar.

Bagi menjayakan majlis ini, pihak sekolah dengan sokongan ibu bapa telah bertungkus-lumus sejak pagi lagi. Biarpun aktiviti ini meletihkan, namun disinilah keberkatannya dapat dilihat. para ibu bapa dapat beramah mesra dan bergurau senda bukan hanya sesama mereka malahan sesama guru. Selain itu juga aktiviti ini menunjukkan semangat kerjasama dan gotong-royong masih utuh. Ini dapat dijadikan contoh kepada generasi muda tentang kelebihan semangat bergotong-royong ini.

Semoga aktiviti ini sentiasa berkekalan dan menyedarkan para pelajar bahawa ibu bapa dan para guru sentiasa menyokong anda. Buat yang terbaik. Jika kita sentiasa bekerjasama, kejayaan pasti milik kita. "2010 akan menyaksikan sejarah tercipta di bumi Rokan yang indah ini..InsyaAllah."


Berikut sedikit paparan sekitar majlis berlangsung.



Begitu bersemangat En. Uris dan En. Saad membersihkan kepala kambing untuk Cikgu Aisyah.

Induk sempat memberikan pose istimewa biarpun tangannya ligat membungkus lauk..terima kasih kerana meminjamkan peralatan kantin ye..

YDP En. Ismail dan En. Hadi sedang beradu ketajaman parang masing-masing..

Apa yang disembangkan ni..Ada komplot ke?

Asyik sungguh Cikgu Nooraini ni...

Orang kuat dewan..Cikgu Ashrul yang dulunya pernah bercita-cita menjadi bomba.Kini tercapailah sudah..

"Murid-murid..inilah cara sebenar menyedut otak kambing,"mungkin inilah kata-kata Cikgu Aisyah.

Jangan rebut-rebut, lauk masih banyak..

Sebahagian daripada jemaah yang hadir

Tuan Guru Besar sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi para pelajar. Kini terpulanglah kepada pelajar sama ada berani menyahut cabaran atau mahu menjadi orang yang tewas sebelum berjuang.. Kita pasti boom!!!

Tahniah dan Syabas...Bahagian 2

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana telah berjaya menghasilkan blog sendiri. Inilah paparan blog Tn. Haji Norizan. Kewujudan blog ini memberi satu cabaran buat para guru untuk menghasilkan blog. Blog bukan hanya bercerita tentang kisah peribadi tetapi kita boleh berkongsi ilmu kita. Jika anda ingin melihat dengan lebih lanjut blog Guru Besar kita sila layari http://norizanp.blogspot.com

Perjumpaan Majlis Bacaan Yassin


Pada Isnin lalu, pihak PIBG dan para ibu bapa penjaga Tahun 6 telah mengatur pertemuan khusus bagi membincangkan persediaan untuk Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat yang dirancang akan diadakan pada 5 Ogos ini.

Dalam perjumpaan ini, ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang seperti En. Hadi yang menyumbang seekor kambing, Tn. Hj. Ali yang menyumbangkan beras dan semua penyumbang lain. Bukan hanya sumbangan yang berbentuk material, tetapi sumbangan lain seperti tenaga empat kerat dan idea bernas.

Menjadi harapan kami agar kerjasama erat sebegini sentiasa berkekalan.
Dikesempatan ini juga pihak admin selaku wakil sekolah menjemput seluruh warga kampung untuk menghadiri majlis ini. Kedatangan anda sangat dihargai.

Syabas dan tahniah........Bahagian 1


Pada 29 Julai lalu bertempat di Dewan SMK Bukit Jalor, dua orang warga sekolah telah diraikan pada satu majlis khas iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan. Ustazah Norazlin dan Encik Rais telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pihak admin mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas atas anugerah yang diterima. Semoga dengan anugerah ini, akan menaikkan lagi semangat kita untuk melakukan segala tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi. Tahniah dan syabas...............

Peperiksaan UPSR Yang Semakin Hampir

Sedar tak sedar maka sekarang sudahpun masuk bulan Ogos dan bermakna UPSR semakin mendekat. Persoalannya adakah para pelajar telah bersedia 100% untuk menduduki UPSR?
Persediaa sebenar bukan hanya terletak dengan giat mengulangkaji, malahan persediaan tersebut merangkumi dari segenap aspek seperti sentiasa menunaikan solat, bersembahyang hajat, membeli kelengkapan alat tulis yang berkualiti, mengamalkan cara hidup sihat seperti cara pemakanan, kebersihan,senaman , sentiasa memberi fokus sewaktu belajar, menggunakan masa dengan baik khususnya pada waktu senggang seperti pada masa rehat atau sewaktu menunggu guru dan juga cara menghormati semua guru.

Para pelajar sering beranggapan bahawa mereka telahpun bersedia, namun jika anda membaca sekali lagi setiap baris di atas, anda akan sedar bahawa tidak banyak yang anda lakukan.Jadi jika kita tidak berusaha dengan sebenar-benarnya atau dengan sedaya upaya kita, adakah kejayaan akan kita kecapi? Pastinya setiap kejayaan hanya untuk orang yang berusaha.

Oleh itu kepada semua murid, ayuh bangkit! gandakan usaha anda, lakukan yang terbaik. Apalah sangat satu bulan ini..gunakan hanya satu bulan ini untuk menguasai setiap ilmu pelajaran lupakan bermain hanya untuk satu bulan, lupakan bersembang kosong hanya untuk satu bulan. Ringkasnya "Untuk UPSR, lupakan yang lain.."
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting