Pada 28hb.Mac, bertempat di Dewan SK. Rokan, majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 telah diadakan. Pada kali ini kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan. Mesyuarat Agung PIBG kali ini dirasmikan oleh YB. Dato' Mohd. Kamil bin Haji Abdul Aziz iaitu ADUN Gemencheh. Beliau juga telah bersetuju untuk menyumbangkan RM3000 bagi dana PIBG. Semoga dengan adanydana sebegini, mampu membantu PIBG merancang pelbagai aktiviti.
Mesyuarat kali ini juga kami membincangkan tentang beberapa hal penting seperti pembayaran Yuran, keselamatan pelajar, program akademik dan sebagainya. Sesungguhnya mesyuarat kali ini antara yang paling licin perjalanannya. Terima...
Penyerahan Bangunan Pra-sekolah
Akhirnya bangunan Pra-sekolah siap sepenuhnya. Satu majlis ringkas penyerahannya telah dilangsungkan di bangunan Pra-sekolah baru-baru ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin. Tuan Hj. Mad Aris.Tuan Haji Norizan bersalam-salaman dengan wakil pem...
Perjumpaan Penjaga Tahun 6 2011
Pada 22 Februari lepas, satu perjumpaan antara pihak sekolah, AJK PIBG dan ibu bapa serta penjaga tahun 6 telah dijalankan. Acara tahunan ini bertujuan untuk membincangkan program peningkatan UPSR. Melalui perbincangan sebegini, banyak idea dan persetujuan khususnya melibatkan perbelanjaan pelajar turut dibincang dan dipersetujui. Semoga dengan adanya semangat ukhwah sebegini mampu membantu melonjakkan lagi pencapaian UPSR sekolah ki...
Sambutan Maulidur Rasul Dun Gemencheh
Pada 19 Februari yang lalu pihak sekolah telah turut serta dalam perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Dun Gemencheh. Berikut adalah gambar-gambar kenangan kami sewaktu majlis berkenaan. Perarakan ini bermula dari Padang Kompleks Gemencheh menghala ke Masjid Jamek Gemencheh. Kami juga sempat mendengar ceramah maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Mustafa.Anda juga boleh melihat video pererakan yang sempat dirakamkan. Maaf kualitinya agak tidak berapa ba...