Produk Minda Online
KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TAMPIN.

Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin kerana berjaya menjuarai kejohanan. Untuk SK Rokan tahniah di atas usaha dan latihan.Tahun depan kita cuba lagi. Terima Kasih pada pentadbir, jurulatih,pengurus peserta serta jawatankuasa kerja yang menjayakan kejohanan tersebut.




















SESI PERSEKOLAHAN 2016.

WAJAH BARU,KEPIMPINAN BARU

Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan


 Sudahkah anda melawat laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan? Jika belum, bolehlah melawatnya di http://www.jpnns.gov.my . Untuk maklumat khusus tentang pekeliling atau surat-surat siaran berkaitan sekolah, sila klik pada bahagian PPD/sekolah . banyak info terkini ada di sana. Selamat melawat...

LDP KSSR








Inilah wajah-wajah riang para guru SK.Rokan sewaktu diberi peluang untuk menjadi penceramah bagi LDP kami. LDP kali ini khusus tentang KSSR Tahun 2. Semoga ilmu yang disampaikan dimanfatkan.


Sukan Tahunan 2011

Antara aktiviti yang kami jalankan pada akhir tahun 2011 adalah Kejohanan Sukan Tahunan. Kejohanan saban tahun ini membabitkan semua pelajar dan juga penduduk setempat. kami bagaikan satu keluarga besar pada kejohanan ini. Semangat kesukanan dan kerjasama amat nyata. Inilah sebahagian kenangan yang dapat kami sertakan di sini.


Cikgu Nooraini bersemangat menghias rumah sukan

Teacher Khamisah dan Teacher Aisyah sibuk atau menyibukkan diri?

Ladybird????

Kiri..kanan..kiri..kanan

sempat senyum lagi....







Hari Terbuka Sekolah

Pada 4 julai yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka. Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing. Para penjaga Tahun Enam juga telah duduk bersama para guru membincangkan perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan UPSR.


Orang kuat sekolah sedang memberi penerangan tentang pencapaian pelajar Tahun 6
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Ustazah Norazlin selaku guru kelas Tahun 3 sedang memberi penerangan sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Besar
Apa yang melucukan tu Cikgu Aishah?
Khusyuk para ibu mendengar Cikgu Syazwan berkhutbah

Pelancaran 1murid 1sukan peringkat sekolah

Pada 2 Julai lalu, serentak di seluruh negara, semua sekolah telah mengadakan pelancaran Program 1Murid 1Sukan. Sekolah kita juga tidak ketinggalan dalam menjayakan pelancaran ini. Mari kita lihat beberapa keping gambar yang dipostkan di blog ini.



Wah, bersemangat semuanya!
YDP kita melepaskan para peserta
Laju Jang.....
Farhan sedang menimbang bola takraw
Jom, Chicken Dance!
Kami juga mengadakan permainan dalaman
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting