Produk Minda Online

Apa itu Kuarantin?

Memang kita semua sedia maklum bahawa virus influenza H1N1 nii masih berleluasa di negara kita. Kita juga seringkali terdengar saranan pelbagai pihak tentang langkah-langkah pencegahannya. Untuk 'posting' kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang pelbagai istilah dan juga penerangan ringkas tentang langkah pencegahan H1N1 ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kuarantin?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kuarantin dapat diertikan sebagai tempoh pengasingan seseorang atau sesuatu yang disyaki membawa penyakit. Hal ini bermakna bahawa apabila terdapat tanda-tanda pada seseorang atau sesuatu sama ada haiwan atau tumbuh-tumbuhan, atau sebarang bentuk makanan yang dipercayai dapat membawa penyakit atau wabak, maka tindakan pengasingan akan dilakukan, untuk mencegah penularan atau jangkitan daripada tersebar kepada orang lain.

10 perkara tentang kuarantin

1. Duduk di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang dikenakan dan elakkan sentuhan dengan ahli keluarga lain yang tidak dikehendaki menjalani proses kuarantin.

2. Jangan tinggalkan rumah untuk menghadiri sebarang majlis atau aktiviti termasuklah kenduri, membeli-belah, melancong, menyertai aktiviti keagamaan atau menghadiri kelas tuisyen.

3. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, saudar-mara atau rakan-rakan sekiranya anda perlu membeli makanan atau keperluan harian. Jangan pergi sendiri ke pasar atau kedai.

4. Elakkan sentuhan dengan orang yang menawarkan bantuan kepada anda.Jangan pegang, belai atau berjabat tangan dengan sesiapa.

5. Catatkan nama, alamat atau nombor telefon orang yang datang menemui anda atau menziarahi atau membantu anda, Ini untuk memudahkan kerja mengesan mereka sekiranya mereke menunjukkan sebarang simptom penyakit.

6. Pakai topeng jika anda batuk, bersin atau selesema dan sakit tekak. Ini mengelakkan kuman atau virus tersebar kepada orang sekeliling.

7. Amalkan etika semasa batuk dan jaga kebersihan diri dengan rapi. Tutup mulut semasa batuk atau bersin. Pastikan ruang udara sekeliling adalah baik. Jangan duduk di tempat terkepong atau pengudaraannya yang tidak baik.

8. Awasi simptom selesema termasuklah demam dan batuk. Dapatkan rawatan segera jangan tunggu demam anda semakin serius.

9. Hubungi Kementerian Kesihatan, klinik atau hospital berhampiran jika ada tanda-tanda selesema.

10. Sentiasa ikuti perkembangan semasa tentang influenza H1N1 sama ada dari media cetak atau media massa.

Gotong-royong Perdana

Salam, agak lama kami tidak memaparkan berita terbaru tentang sekolah kami ini. Jadi pada 'posting' terbaru ini kami memaparkan gambar-gambar aktiviti gotong-royong yang telah kami jalankan pada Rabu lalu. Aktiviti ini melibatkan para guru dan pelajar. Selain daripada dapat menceriakan sekolah, aktiviti ini juga membolehkan hubungan antara guru dan pelajar dapat diperkukuhkan.


Inilah aksi guru-guru mengemas...er..er..menyepah.. mana-manalah yang sesuai

Tempat mengambil wuduk turut dibersihkan oleh pelajar

Bilik Kemahiran Hidup turut dikemaskan

Bilik Buku Teks tidak terkecuali.....

Hati-hati yer...jatuh nanti..

Ujian Pra UPSR 2009




BEGITU TEKUNNYA PARA PELAJAR MENJAWAB SOALAN PRA UPSR
SEMOGA MEMBUAHKAN HASIL YANG MEMBANGGAKAN...AMIN


Bermula 28 Julai hingga 30 Julai Ujian Pra UPSR dijalankan serentak di seluruh sekolah rendah di Negeri Sembilan. Ujian ini penting bagi menilai kemampuan murid yang akan menduduki UPSR. Selain itu juga, Ujian ini menjadi penanda aras terhadap keputusan UPSR. Diharapkan agar semua pelajar Tahun Enam dapat melakukan yang terbaik kerana melalui keputusan Pra UPSR ini juga, para pelajar akan disenarai pendek untuk mengisi borang permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh pada 2010 nanti.

MATLAMAT SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan generasi yang unggul dan seimbang dalam akademik, kokurikulum dan berkeperibadian mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni dan berwawasan selaras dengan aspirasi pendidikan dan negara

MISI SEKOLAH

MISI SEKOLAH

1. Menanamkan sikap mementingkan akademik.
2. Mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah.
3. Memperkembangkan potensi murid dalam kokurikulum selari dengan bakat dan minat.
4. Membina budaya cemerlang di kalangan warga sekolah

VISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Menjadikan sekolah sebuah institusi kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara

Kecemerlangan Semester 1






Satu majlis ringkas penyampaian hadiah kecemerlangan murid bagi Semester Satu telah diadakan pada 21 Julai bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Majlis yang setiap tahun diadakan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya meraih markah tertinggi setiap kelas dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

Bulan Kecergasan: Aksi Guru

Inilah aksi maut Ustazah Reha bermain badminton berpasangan dengan Cikgu Fadhillah..
Lin Dan pun tak leh wat aksi ni..




Ini acara bergu campuran..Lihatlah kehebatan Uztazah Norazlin dan suami Cikgu Ashrul...

Bulan Kecergasan


Pada minggu kedua pula, pihak sekolah mengadakan aktiviti permainan badminton bagi pelajar perempuan dan futsal bagi pelajar lelaki. Inilah aksi yang sempat kami rakamkan.


Aksi Murid Lelaki Tahap 1



Pasukan yang berjaya ke final sedang melambaikan tangan kepada penonton..

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting