Produk Minda Online

Hari Terbuka Sekolah

Pada 4 julai yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka. Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing. Para penjaga Tahun Enam juga telah duduk bersama para guru membincangkan perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan UPSR.


Orang kuat sekolah sedang memberi penerangan tentang pencapaian pelajar Tahun 6
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Ustazah Norazlin selaku guru kelas Tahun 3 sedang memberi penerangan sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Besar
Apa yang melucukan tu Cikgu Aishah?
Khusyuk para ibu mendengar Cikgu Syazwan berkhutbah

Pelancaran 1murid 1sukan peringkat sekolah

Pada 2 Julai lalu, serentak di seluruh negara, semua sekolah telah mengadakan pelancaran Program 1Murid 1Sukan. Sekolah kita juga tidak ketinggalan dalam menjayakan pelancaran ini. Mari kita lihat beberapa keping gambar yang dipostkan di blog ini.



Wah, bersemangat semuanya!
YDP kita melepaskan para peserta
Laju Jang.....
Farhan sedang menimbang bola takraw
Jom, Chicken Dance!
Kami juga mengadakan permainan dalaman

Mesyuarat Agung PIBG ke-31

Pada 28hb.Mac, bertempat di Dewan SK. Rokan, majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 telah diadakan. Pada kali ini kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan. Mesyuarat Agung PIBG kali ini dirasmikan oleh YB. Dato' Mohd. Kamil bin Haji Abdul Aziz iaitu ADUN Gemencheh. Beliau juga telah bersetuju untuk menyumbangkan RM3000 bagi dana PIBG. Semoga dengan adanydana sebegini, mampu membantu PIBG merancang pelbagai aktiviti.

Mesyuarat kali ini juga kami membincangkan tentang beberapa hal penting seperti pembayaran Yuran, keselamatan pelajar, program akademik dan sebagainya. Sesungguhnya mesyuarat kali ini antara yang paling licin perjalanannya. Terima kasih semua.




Antara tetamu yang mendaftarkan diri

Cikgu Siti Aishah seperti biasa memeriahkan kami.


Tuan Imam Kg. Batang Rokan diberi penghormatan
membacakan doa.

Adik Muhammad Fakhrullah menyampaikan Story Telling sebagai acara persembahan


Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan beliau. Antaranya berkait rapat dengan kecemerlangan sekolah pada tahun lepas.

Ucapan perasmian daripada Dato' Mohd. Kamil

Antara kaum ibu yang sempat hadir

Tidak lupa juga kaum bapa

Penyerahan Bangunan Pra-sekolah

Akhirnya bangunan Pra-sekolah siap sepenuhnya. Satu majlis ringkas penyerahannya telah dilangsungkan di bangunan Pra-sekolah baru-baru ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin. Tuan Hj. Mad Aris.


Tuan Haji Norizan bersalam-salaman dengan wakil pemaju





Perjumpaan Penjaga Tahun 6 2011

Pada 22 Februari lepas, satu perjumpaan antara pihak sekolah, AJK PIBG dan ibu bapa serta penjaga tahun 6 telah dijalankan. Acara tahunan ini bertujuan untuk membincangkan program peningkatan UPSR. Melalui perbincangan sebegini, banyak idea dan persetujuan khususnya melibatkan perbelanjaan pelajar turut dibincang dan dipersetujui. Semoga dengan adanya semangat ukhwah sebegini mampu membantu melonjakkan lagi pencapaian UPSR sekolah kita.





Sambutan Maulidur Rasul Dun Gemencheh

Pada 19 Februari yang lalu pihak sekolah telah turut serta dalam perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Dun Gemencheh. Berikut adalah gambar-gambar kenangan kami sewaktu majlis berkenaan. Perarakan ini bermula dari Padang Kompleks Gemencheh menghala ke Masjid Jamek Gemencheh. Kami juga sempat mendengar ceramah maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Mustafa.




Anda juga boleh melihat video pererakan yang sempat dirakamkan. Maaf kualitinya agak tidak berapa baik.

Team Bola Sepak Sekolah Yang Hebat

Jumpa lagi semua. Pada 25 dan 26 januari yang lalu, pertandingan bola sepak bawah 12 tahun Daerah tampin telah diadakan. pertandingan ini bertempat di tiga buah sekolah iaitu di SK. Dr. Sulaiman, SK. Tampin dan SK. Tunku Besar. Sekolah kita juga turut mengambil bahagian. Walaupun kita hanya ada lebih kurang 24 orang sahaja murid lelaki Tahap 2, namun itu bukanlah masalah besar kerana paling utama semangatnya.

Pertandingan ini melibatkan lebih kurang 20 buah sekolah. Pasukan sekolah berjaya menjadi juara kumpulan dengan mengalahkan SJK Tamil Bukit Keledek ( 9 - 0 ), menewaskan SK. Londah ( 4 - 0 ) dan SK.Gemas ( 2 - 0 ).Pasukan sekolah kita hanya berjaya menjaya 8 pasukan terbaik di daerah Tampin. Kita tewas pada peringkat suku akhir dengan Sk. Dr. Sulaiman melalui sepakan penalti.



Inilah pasukan Bola Sepak sekolah. Cikgu Nizam selaku Jurulatih dan Cikgu Ashrul pula adalah Pengurusnya.



Sebahagian ibu bapa dan penjaga yang sanggup berhujan menyaksikan kami bermain. Terima kasih.

Paling utama kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama kami( sudah dua tahun menaja) iaitu En. Baharin dan Puan Safianis yang menaja makanan dan juga minuman kami. Jasa anda berdua sangatlah kami hargai dan kami hanya mampu mengucapkan terima kasih banyak-banyak.

Meraikan Pelajar Tahun Enam

Ahad, Jam 3:00 petang, seramai 20 orang pelajar Tahun Enam telah dibawa ke KFC Tampn bagi meraikan kecemerlangan mereka dalam UPSR. Ini juga adalah janji yang diberikan oleh Guru Kelas mereka iaitu Cikgu Nooraini. Bagi tujuan itu mereka telah dibawa oleh para guru ke sana dan menikmati KFC dengan seronoknya...


Guru Besar dan isteri turut sama hadir

Begitu juga dengan Cikgu Ashrul dan Ustazah Norazlin

Cikgu Nooraini makan dengan hati gembira
Align Center
Cikgu Siti Aishah makan bersama sepupunya


Wajah-wajah ceria

Sedap tak?

Sukanya Liyana

Afif yang sungguh bergaya

Aksi makan ayam..

Kita Akhirnya Menggegarkan!!!!

Salam semuanya..post kali ini ringkas saja tapi penuh makna.

KAMI BERJAYA LAKUKAN!!!!!

Pagi tadi keputusan UPSR diumumkan. Kami sangat berdebar-debar sewaktu menunggu GB
pulang ke sekolah..

Debaran semakin kencang setelah GB sampai..namun akhirnya semua terlerai setelah kami melihat keputusannya..

Ringkasnya:

1. Inilah keputusan terbaik dalam sejarah SK Rokan
2. Terbaik di Gemencheh
3. Ketiga terbaik di Tampin
4. Antara terbaik di Negeri Sembilan

5A = 3 orang
4A 1 B = 5 orang

BM Kefahaman = 100%
BM Penulisan = 100%
Matematik = 100%
Sains = 100%
English = 95%

Keputusan penuh akan diberikan kelak

Tadarus Al Quran

Salam, sepanjang Ramadan ini, pihak sekolah telah menggunakan waktu rehat untuk aktiviti tadarus Al Quran. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diselia oleh para guru. Setiap kumpulan ini juga diberi senarai Juzuk yang perlu dibaca..Aktiviti ini sangat baik bagi mencari keberkatan Ramadan tahun ini. Diharapkan aktiviti sebegini bakal menjadi pemangkin kepada generasi yang menghayati Al Quran dan dapat menjadikan Islam sebagai ad-din.








Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting