KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TAMPIN.
Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin kerana berjaya menjuarai kejohanan. Untuk SK Rokan tahniah di atas usaha dan latihan.Tahun depan kita cuba lagi. Terima Kasih pada pentadbir, jurulatih,pengurus peserta serta jawatankuasa kerja yang menjayakan kejohanan tersebut.
Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin kerana berjaya menjuarai kejohanan. Untuk SK Rokan tahniah di atas usaha dan latihan.Tahun depan kita cuba lagi. Terima Kasih pada pentadbir, jurulatih,pengurus peserta serta jawatankuasa kerja yang menjayakan kejohanan tersebut.
Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Sudahkah anda melawat laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan? Jika belum, bolehlah melawatnya di http://www.jpnns.gov.my . Untuk maklumat khusus tentang pekeliling atau surat-surat siaran berkaitan sekolah, sila klik pada bahagian PPD/sekolah . banyak info terkini ada di sana. Selamat melawat...
LDP KSSR
Inilah wajah-wajah riang para guru SK.Rokan sewaktu diberi peluang untuk menjadi penceramah bagi LDP kami. LDP kali ini khusus tentang KSSR Tahun 2. Semoga ilmu yang disampaikan dimanfatkan.
Sukan Tahunan 2011
Antara aktiviti yang kami jalankan pada akhir tahun 2011 adalah Kejohanan Sukan Tahunan. Kejohanan saban tahun ini membabitkan semua pelajar dan juga penduduk setempat. kami bagaikan satu keluarga besar pada kejohanan ini. Semangat kesukanan dan kerjasama amat nyata. Inilah sebahagian kenangan yang dapat kami sertakan di sini.
Cikgu Nooraini bersemangat menghias rumah sukan
Teacher Khamisah dan Teacher Aisyah sibuk atau menyibukkan diri?
Ladybird????
Kiri..kanan..kiri..kanan
sempat senyum lagi....
Hari Terbuka Sekolah
Pada 4 julai yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka. Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing. Para penjaga Tahun Enam juga telah duduk bersama para guru membincangkan perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan UPSR.
Orang kuat sekolah sedang memberi penerangan tentang pencapaian pelajar Tahun 6
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Ustazah Norazlin selaku guru kelas Tahun 3 sedang memberi penerangan sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Besar
Apa yang melucukan tu Cikgu Aishah?
Khusyuk para ibu mendengar Cikgu Syazwan berkhutbah









skrokan






























