Produk Minda Online

Baik pulih kantin sekolah

Pada waktu cuti, kantin sekolah telah dinaiktarafkan. Sebenarnya kantin ini memang sudah agak usang. Tiada elektrik dan bangunannya telah mengalami keretakan. Lihatlah kerja-kerja penambahbaikan sedang giat dilakukan..Nantikan kemunculan...kantin yang telah siap sepenuhnya...berdebar-debar pula rasa...

Hari Anugerah Kecemerlangan

Pada 19 November yang lalu, tepat jam 3.00 petang, di dewan sekolah, satu majlis Hari Kecemerlangan telah diadakan. Pada hari ini semua pelajar yang cemerlang sepanjang tahun 2009 diberi ganjaran termasuklah bagi Kelas Agama Petang. Tuan PPD Tn. Hj. Mad Aris bin Azis telah sudi untuk merasmikan majlis ini. Pada tahun ini bilangan tetamu yang hadir amat memuaskan. Antara yang hadir ialah Pengerusi PIBG En. Ismail bin Harun, Ketuan Umno Kg. Ulu Rokan, En Ghuzali bin Othman, Ketua Umno Kg. Batang Rokan, En. Zainal bin Wahid, Imam-imam dan juga para ibu bapa.Inilah foto-foto yang sempat kami rakamkan.Tn. Hj. Norizan sedang menyampaikan ucapanTn....

UPSR 2009...

Pada 19 November, keputusan UPSR 2009 telahpun diumumkan. Mohd. Zulhilmi bin Mohd. Afandi telah berjaya mendapat 5A, sementara itu pula Norfarhana Wahida bt Ahmad Rashdan dan Mohd. Amir Haziq pula mendapat 4A 1B. Pada tahun ini, keputusan telah diumumkan di hadapan semua pelajar sekolah. Ini bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar lain.Saksikanlah foto-foto yang sempat dirakamkan.Para pelajar tahun 6 berdebar-debar dan ada yang tidak dapat menahan tangis sewaktu keputusan hendak diumumkanGuru Besar sedang menyampaikan ucapan dengan mengulas serba ringkas tentang keputusan UPSR.Cikgu Mohd. Noor selaku Guru Penolong Kanan...

Aktiviti RIMUP

Pada 16 November yang lalu satu kursus motivasi bagi program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) telah diadakan di Kolej Komuniti Selandar. Sekolah kami telah dilantik untuk menguruskan perjalanan aktiviti ini. Ustaz Rahmat bin Abdullah adalah penceramah yang mengendalikan program ini. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini berakhir pada jam 4.30 petang. En Tajuddin selaku wakil PPD Tampin telah merasmikan penutupannya. Sekalung tahniah dan syabas kepada warga SK Rokan kerana berganding bahu menjalankan aktiviti ini. Tidak lupa juga kepada pihak Kolej Komuniti Selandar yang banyak memberikan kerjasama serta semua yang...

Perkhemahan Unit Beruniform

Pada 6 dan 7 Nov yang lalu, satu perkhemahan unit beruniform telah diadakan di kawasan sekolah. Perkhemahan ini melibatkan pelajar-pelajar tahap dua. Aktiviti bermula seawal pagi Jumaat. Pelajar telah mendirikan khemah di kawasan padang sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi, pertolongan cemas,ikatan dan simpulan,dan juga malam kebudayaan. Pihak sekolah merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya para penyumbang makanan, ajk PIBG, kaum ibu bapa yang bersama-sama membantu menyediakan makanan, para guru dan juga kaki tangan sekolah. Ringkasnya dalam aspek kerjasama rasanya tahun inilah...
Page 1 of 2212345Next
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting