Pada 6 dan 7 Nov yang lalu, satu perkhemahan unit beruniform telah diadakan di kawasan sekolah. Perkhemahan ini melibatkan pelajar-pelajar tahap dua. Aktiviti bermula seawal pagi Jumaat. Pelajar telah mendirikan khemah di kawasan padang sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi, pertolongan cemas,ikatan dan simpulan,dan juga malam kebudayaan. Pihak sekolah merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya para penyumbang makanan, ajk PIBG, kaum ibu bapa yang bersama-sama membantu menyediakan makanan, para guru dan juga kaki tangan sekolah. Ringkasnya dalam aspek kerjasama rasanya tahun inilah yang paling bagus.Syabas. Lihatlah beberapa aksi yang sempat dirakam untuk tatapan anda.

Inilah deretan khemah yang didirikan

Aksi pelajar duduk di khemah sambil menunggu makanan siap..dah lapar sangat ni..

Aktiviti di luar program..para guru dan kakitangan sekolah telah membakar lemang tepung..sedap juga rasanya..

Sabar..jangan rebut-rebut..makanan cukup


Ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Pakar Motivasi Tampin..Saudara Azmi Che Lah Guru Sekolah Menengah Bukit Rokan. Terima kasih banyak-banyak.



Aksi Malam Kebudayaan

Aktiviti ikatan dan simpulan

Ustazah Reha menunjukkan teknik menyiang ayam dengan cara yang betul..

Operasi memasak

Jaga-jaga panas air teh tu..

Majlis Penutup

Guru Besar menyampaikan ucapan dan merasmikan penutupan aktiviti perkhemahan


Tekun mendengar ucapan




Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang terlibat telah dilakukan oleh En. Md. Jimi selaku Naib Pengerusi PIBG.
Posted in: Aktiviti Sekolah
0 comments:
Post a Comment