Sejarah Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran ( Report of the Education Committee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak dan sejak itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
0 comments:
Post a Comment