Produk Minda Online

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Salam bahagia semua...cikgu pasti semua murid, bukan sahaj murid SK. Rokan nii tetapi semua murid sekolah di dunia sememangnya mahu menjadi pelajar cemerlang. Untuk itu pada 'posting' kali ini cikgu nak berikan tips menjadi pelajar cemerlang.

1. OPTIMISTIK
Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pelajaran. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri sendiri.

2. TUMPUAN SEPENUH HATI
Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di dalam kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya.

3. MULAKAN DARI AWAL
Membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah membuat ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya.

4. LENGKAPKAN PERALATAN
Sediakan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis dan nota-nota ringkas. Semangat sahaj tidak mencukupi untuk berjaya. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati dan melemahkan semangat untuk terus belajar. Untuk menambahkan lagi semangat anda, eloklah disediakan peralatan baharu setiap kali menjawab peperiksaan.

5. TEPATI WAKTU BELAJAR
Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

6.SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran sewaktu di luar waktu sekolah amat penting. Jika anda kurang memahami cara penyediaan jadual belajar ini, eloklah mendapat nasihat guru. Namun apa yang lebih penting adalah mematuhi jadual yang dirancang. Apalah gunanya jadual yang efisen, jika tidak dipatuhi.

7.JANGAN MALU BERTANYA
Tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang atau kaka-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

8. JAGA KESIHATAN FIZIKAL
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau junkfood. jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

9.MAKANAN SEIMBANG
Menjaga dan mengawal pemakanan dengan mengambil makana yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar.Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. Anda juga digalakkan mengambil makanan tambahan khususnya vitamin .

10. HORMATI GURU
Ini antara faktor terpenting untuk mencapai kecemerlangan. Menghormati guru bukan sahaja bererti memberi perhatian semasa guru mengajar tetapi tidak menghina atau mengata guru di belakang. Guru insan yang memberi pengetahuan kepada kita jadi eloklah guru dihormati.

11. JAGA SOLAT SEBAIKNYA
Tunaikanlah solat lima waktu pada awal waktunya. janganlah melengah-lengahkan solat. Selain itu tunaikan juga solat-solat sunat seperti solat hayat, solat taubat dan sebagainya.

12. DOA
Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada ALLAH. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

13. TAWAKAL
Berserah diri kepada Allah dan tidak mudah berputus asa jika gagal. Jika tidak berjaya, tanamkan tekad untuk menjadikan kegagalan itu sebagai pendorong mencapai kejayaan di kemudian hari.

Inilah serba sedikit tips menjadi murid cemerlang. Jadi tanamkan azam anda dan amalkan tips ini maka anda bakal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi antara sejarah terindah bukan sahaj kepada diri tetapi kepada sekolah anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting