Produk Minda Online

Sejarah Sekolah Kebangsaan Rokan

Sekolah Kebangsaan Rokan mula diasaskan pada 1 Jun 1926. Awalnya Sekolah Kebangsaan Rokan ini terletak di Kampung Ulu Rokan, iaitu kira-kira 4km dari tapak sekarang. Sekolah ini diasaskan oleh En. Fikir bin Chari dan dibantu oleh penduduk Kampung Rokan yang dahagakan ilmu pengetahuan pada waktu itu. Pada awal penubuhannya , sekolah ini hanyalah beratap pelupuh dan berdindingkan rumbia. Bilangan murid pada waktu itu adalah lebih kurang 40 orang sahaja.
Pada 1hb Ogos 1927, penduduk Kampung Rokan ini telah mendirikan sebuah sekolah di sebidang tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi menggantikan sekolah yang lama. Bangunan ini bertiangkan kayu bulat, beratapkan rumbia, berdinding pelupuh dan lantainya tidak bersimen.
Guru yang mengajar pada ketika itu seramai 2 orang sahaja iaitu Tn. Haji Wahid b. Abdul Samad sebagai Guru Besar dan Tuan Haji Hassan sebagai guru pembantu. Kedua-dua orang guru ini berasal daripada Kuala Pilah. Mereka menumpang tinggal di rumah penduduk yang berhampiran sekolah. Bilangan murid pada waktu itu telah bertambah kepada 60 orang iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pada 19hb. Julai 1945, bangunan sekolah ini telah terbakar. Berikutan dengan itu, penduduk kampung telah merayu kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) untuk membaiki sekolah ini. JPNS telah membantu menyediakan perkakas dan barang keperluan, sementara kerja membaikinya diuruskan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong.
Pada Februari 1952, JPNS telah membina sebuah bangunan baru yang menempatkan 4 buah bilik darjah dan mula digunakan pada 29hb. Jun 1952. Perasmiannya telah dilakukan oleh Yang Amt Mulia Undang Luak Johol, Datuk Abdul Manaf b. Tulok pada 19hb. Ogos 1955. Ia turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri iaitu Tuan N. Rees dan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin. Sempena dengan istiadat ini, Hari Ibu Bapa turut diadakan.
Pada 27hb. Oktober 1985, bangunan ini telah dirobohkan oleh JKR kerana uzur dan tidak selamat digunakan. Bangunan ini telah diganti dengan bangunan baru 2 tingkat. bangunan ini mengandungi enam bilik darjah serta ruang pejabat. bangunan ini mula digunakan pada 21hb. Mei 1986 hinggalah ke hari ini.



HUBUNGI KAMI

KAMI BOLEH DIHUBUNGI MELALUI:-


ALAMAT SURAT-MENYURAT:


SEKOLAH KEBANGSAAN ROKAN,
73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN


TELEFON ATAU FAX:

06-4317737


EMAIL :

skrokan@gmail.com

BLOG :

http://sk-rokan.blogspot.com

http://pss-skrokan.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting