Pada 20hb. yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan. Temasya ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.30 tgh. YDP PIBG, En. Ismail bin Harun telah merasmikan pembukaan kejohanan sukan ini sementara Dato' Nasaruddin bin Mahmud iaitu Timbalan Ketua UMNO Tampin telah sudi merasmikan majlis penutupannya. Dikesempatan ini pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang telah bekerjasama sama ada menghulurkan bantuan wang ringgit dan juga tenaga. Antara tenaga penting yang terlibat dalam membantu merealisasikan kejohanan ini ialah Dato'Nasarudin...
Lawatan Mengejut JPNS
Pada 18 Februari lalu , empat orang Pegawai daripada Sektor Jaminan Kualiti telah mengadakan lawatan mengejut ke sekolah. lawatan ini sebenarnya adalah mahu mengenalpasti masalah yang terdapat di sekolah sehingga menjejaskan keputusan UPSR tahun lepas. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Khalsom, E. Mohd. Mazlan, Hj. Abd Aziz dan Pn. Laila. Para pegawai ini mengharapkan semoga pada tahun ini keputusan UPSR akan meningkat khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu, kepada para guru, ayuhlah kita bersama-sama berusaha meningkatkan prestasi akademik sekolah dan kepada para pelajar... giatkan usaha anda, fokuskan kepada akademik buktikan kita...
Latihan Sukan Bermula
Pada minggu ini, para pelajar dan juga guru sedang sibuk memilih peserta rumah sukan masing-masing bagi Kejohanan Sukan sekolah yang akan diadakan pada 20 Februari nanti. Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga buah rumah sukan di sekolah ini memandangkan bilangan pelajarnya yang tidak begitu ramai. Rumah sukan tersebut ialah Rumah Bendahara, Rumah Laksamana dan Rumah Syahbandar.Berkenaan dengan Kejohanan Sukan ini, pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penaja. Terutamanya kepada En. Baharin yang telah menaja t-shirt buat semua pegawai sukan dan semua pelajar. Nanti admin akan postkan senarai penaja yang lain ye..Inilah...
Pemantauan PPD Tampin
Pada 9 Februari yang lalu sepasukan Pegawai daripada Pejabat Pelajaaran Daerah Tampin telah datang ke sekolah ini untuk pemantauan. Lawatan yang terdiri daripada 8 orang pegawai ini diketui oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Puan Noridah. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pemantauan pengajran guru di dalam kelas, pemantauan dokumen-dokumen kurikulum, HEM, Kokurikulum, kewangan dan juga persekitaran sekolah.Pemantauan ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehinggalah tamat waktu persekolahan. Selepas itu satu perjumpaan antara pegawai dengan Guru Besar serta GPK telah dilakukan. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan..dan selepas...
Operasi Stor PJK
Salam semua..minggu ini boleh dikatakan minggu sibuk. Payah benar hendak melihat para guru duduk bersembang. Semuanya sibuk buat kerja. Kalau tidak sibuk menaip , mereka sibuk mengemas fail atau dokumen, kalau tidak sibuk mengemas fail atau dokumen, mereka sibuk pula mengemas bilik-bilik khas. Adakalanya sampai ke petang. Mungkin di rumah pun mereka tidur berbantalkan dokumen dan fail.Hal yang sama juga berlaku kepada staff sekolah. Syabas semua. Admin rasa bangga dengan kerajinan para guru dan staff yang lain. Guru Besar pun pastinya berpuas hati mempunyai anak buah yang begitu komited.'Post' kali ini memaparkan gambar-gambar aktiviti mengemas...
Perjumpaan Tiga Penjuru Bagi Misi UPSR 2010
Pada 28hb yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, satu majlis perjumpaan tiga penjuru bagi misi memburu kecemerlangan dalam UPSR 2010 telah diadakan. Majlis ini berlangsung di kelas Tahun 6 dan dihadiri oleh Tuan Guru Besar, Hj. Norizan bin Pilus, Pengerusi PIBG, En. Ismail bin Harun, para guru, barisan AJK PIBG, ibu bapa dan para pelajar.Perjumpaan sebegini penting bagi membincangkan perjalanan Program Kecemerlangan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, membincang dan mencari persetujuan tentang kos operasi program, pembahagian mentor-mentee, menandatangani akujanji, dan ikrar pelajar.Semoga dengan usaha yang jitu dan dengan kerjasama...