Produk Minda Online

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30

Tepat jam 3 petang tadi maka berlangsunglah Mesyuarat Agung PIBG sekolah kali ke-30. Pada tahun ini agak awal buat kami mengadakan mesyuarat ini namun ia bukanlah alasannya untuk kami tidak menjalankan kewajipan kami. Admin selaku Setiausaha PIBG sebagai wakil PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir bagi membincangkan isu-isu berkaitan PIBG dengan pengkhususan kepada kejayaan akademik. Ini penting kerana pada tahun ini kami sememangnya berazam untuk membuktikan bahawa SK Rokan mampu berjaya dan menggegar. Yeah "KITA KASI GEGAR".
Antara apa yang dipersetujui dalam mesyuarat ini adalah pengekalan YDP dan NYDP. Admin secara peribadi pun memang suka hal ini berlaku kerana dua kombinasi ini nampaknya sangat serasi dan mantap.
Selain itu juga kami turut bersetuju untuk menambah sumbangan PIBG bagi membantu pihak sekolah. Wang pada masa ini sangat penting..ada wang semua yang dirancang mampu direalisasikan.Lagipun ini semua untuk anak-anak kita jugakan.


Inilah sebahagian kaum ibu yang sempat hadir dan kelihatannya agak tekun membaca minit mesyuarat yang lalu.

Apa-apapun daftar dulu ye..( Perasan tak? Cikgu Reha semakin berseri-seri..apa sebabnya? )

Persembahan nasyid daripada pelajar turut disertakan sebagai hiburan tetamu

Inilah tetamu istimewa kita. dari kiri En. Ismail bin Harun (YDP), En. Mohd. Rozi bin Hamzah (wakil PPD), Tn. Guru Besar, Imam Kg. Ulu Rokan, Hj. Ujang bin Yassin yang dijemput khas bagi membacakan doa dan En. Md. Jimi bin Raslim (NYDP)

Cikgu Nooraini selaku juru acara majlis kita kali ini. Hebatnya Cikgu Nooraini kali ini sebab sudah pandai cakap dalam Bahasa Arab lagi.

Tn. Imam kita sedang membacakan doa. Semoga hasrat dan cita-cita murni kami untuk menjadi sekolah yang cemerlang akan termakbul.Amin

En. Ismail sedang berucap. Beliau mengharapkan supaya ibu bapa sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah.

Guru Besar juga berucap. Tn. Guru Besar berasa kagum dengan kerjasama dari ibu bapa dan beliau turut memberi penerangan ringkas tentang hala tuju sekolah kita.

En. Mohd. Rozi bin Hamzah selaku Bapa Angkat sekolah dan wakil PPD. Beliau juga kagum dengan perkembangan sekolah yang dilihatnya sentiasa berubah ke arah kegemilangan.

"Terimalah cenderahati daripada kami."Mungkin inilah yang diperkatakan oleh Guru Besar kepada En. Rozi.

Mesyuarat Agung mula berlangsung...

Guru Besar dengan panjang lebarnya menghuraikan konsep lompatan saujana dan pengisiannya

Ada juga tetamu yang hadir menerima hadiah daripada Cabutan Bertuah. terima kasih diucapkan kepada YDP kita yang menaja hadiah.

Candid 1 : Cikgu Norazlin tengah menyusun nombor cabutan..sebab itulah beliau satu-satunya wakil guru yang mendapat hadiah..Rupa-rupanya inilah rahsianya ye...

Candid 2 : Cikgu Norizan yang sedang berkursus di Tampin sempat singgah di sekolah bagi memberi sokongan. Persoalannya sekarang..Siapakah kanak-kanak itu?Mengapakah beliau begitu gembira?..Admin akan menyiasat perkara ini nanti..

2 comments:

Ansof86 said...

salam.. tahniah semakin bagus sekolah rokan nie... Dah 12 tahun meninggalkan sekolah nie.. Semakin banyak perubahan yang membina.. Tahniah kepada semua guru sek rokan

Cikgu Niezam said...

Terima kasih Ms Ann...kami akan sentiasa bergerak ke hadapan...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting