Produk Minda Online

Perjumpaan Tiga Penjuru Bagi Misi UPSR 2010

Pada 28hb yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, satu majlis perjumpaan tiga penjuru bagi misi memburu kecemerlangan dalam UPSR 2010 telah diadakan. Majlis ini berlangsung di kelas Tahun 6 dan dihadiri oleh Tuan Guru Besar, Hj. Norizan bin Pilus, Pengerusi PIBG, En. Ismail bin Harun, para guru, barisan AJK PIBG, ibu bapa dan para pelajar.
Perjumpaan sebegini penting bagi membincangkan perjalanan Program Kecemerlangan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, membincang dan mencari persetujuan tentang kos operasi program, pembahagian mentor-mentee, menandatangani akujanji, dan ikrar pelajar.
Semoga dengan usaha yang jitu dan dengan kerjasama oleh PIBG dan ibu bapa diharapkan pada tahun ini keputusan UPSR sekolah ini akan meningkat. Ditambah pula dengan program tuisyen yang dijalankan oleh JKK Kg. Batang Rokan diharap dapat memantapkan lagi para pelajar. Kepada para pelajar didoakan anda berjaya dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Yakin Boleh!!



Sorakan Semangat Pelajar

Bacaan Akujanji

Bertemu Mentor masing-masing

Hafizi sedang menandatangani akujanji sambil diperhatikan oleh ayahnya En. Abdul Hadi


Para guru tekun mendengar penerangan daripada Guru Besar

Sebahagian kaum ibu yang sempat hadir

Ini pula wakil kaum bapa

Cikgu Nooraini selaku pengerusi majlis merangkap guru kelas Tahun 6 sedang asyik menerangkan tentang perjalanan program. Cikgu Norizan pula kelihatan sungguh khusyuk dan tawaduk mendengarnya..hi..hi..hi

Inilah 'orang kuat' bagi Program Peningkatan UPSR 2010. Cikgu Mohd. Noor selaku GPK 1, En. Ismail b. Harun selaku Pengerusi PIBG dan Tn. Hj. Norizan b. Pilus

Selamat kembali ke sekolah

Setelah lama bercuti maka para pelajar kembali ke sekolah. Diharapkan dengan lamanya bercuti tidak menyebabkan semangat pelajar luntur. Semoga tahun 2010 membawa satu kegemilangan untuk SK. Rokan.


Taklimat transisi diadakan bagi pelajar Tahun 1



Para pelajar lain turut ke sekolah bagi mengambil buku-buku teks bagi kegunaan mereka .


En. Azizul gigih membersihkan Bilik Sains

Kisah kantin

Ingat lagi 'posting' terdahulu? Ya..admin pernah paparkan tentang kerja-kerja menaiktaraf kantin sekolah yang sudah uzur. Maka inilah hasilnya. Terima kasih kepada pihak PPD dan JPNS kerana menyalurkan peruntukkan bagi menaiktaraf kantin. Cuma terdapat satu sahaja lagi masalah di kantin ini. Kantin kami tidak dilengkapi pendawaian elektrik, maka keadaan ini agak merimaskan terutamanya pada waktu rehat dan juga pada musim lalt yang sangat terkenal di kawasan ini. Namun begitu diharapkan para pelajar dapat menggunakan kemudahan ini dengan baik.



Baik pulih kantin sekolah

Pada waktu cuti, kantin sekolah telah dinaiktarafkan. Sebenarnya kantin ini memang sudah agak usang. Tiada elektrik dan bangunannya telah mengalami keretakan. Lihatlah kerja-kerja penambahbaikan sedang giat dilakukan..






Nantikan kemunculan...kantin yang telah siap sepenuhnya...berdebar-debar pula rasanya

Hari Anugerah Kecemerlangan

Pada 19 November yang lalu, tepat jam 3.00 petang, di dewan sekolah, satu majlis Hari Kecemerlangan telah diadakan. Pada hari ini semua pelajar yang cemerlang sepanjang tahun 2009 diberi ganjaran termasuklah bagi Kelas Agama Petang. Tuan PPD Tn. Hj. Mad Aris bin Azis telah sudi untuk merasmikan majlis ini. Pada tahun ini bilangan tetamu yang hadir amat memuaskan. Antara yang hadir ialah Pengerusi PIBG En. Ismail bin Harun, Ketuan Umno Kg. Ulu Rokan, En Ghuzali bin Othman, Ketua Umno Kg. Batang Rokan, En. Zainal bin Wahid, Imam-imam dan juga para ibu bapa.Inilah foto-foto yang sempat kami rakamkan.



Tn. Hj. Norizan sedang menyampaikan ucapan

Tn. Hj. Mad Aris bin Azis turut berucap dan seterusnya merasmikan majlis ini.

Inilah antara tetamu khas kami


Persembahan murid




Majlis penyampaian hadiah


Jamuan setelah majlis berakhir


Aksi Kandid: Apa hal pula Cikgu Nooraini ni?

UPSR 2009...

Pada 19 November, keputusan UPSR 2009 telahpun diumumkan. Mohd. Zulhilmi bin Mohd. Afandi telah berjaya mendapat 5A, sementara itu pula Norfarhana Wahida bt Ahmad Rashdan dan Mohd. Amir Haziq pula mendapat 4A 1B. Pada tahun ini, keputusan telah diumumkan di hadapan semua pelajar sekolah. Ini bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar lain.Saksikanlah foto-foto yang sempat dirakamkan.






Para pelajar tahun 6 berdebar-debar dan ada yang tidak dapat menahan tangis sewaktu keputusan hendak diumumkan


Guru Besar sedang menyampaikan ucapan dengan mengulas serba ringkas tentang keputusan UPSR.

Cikgu Mohd. Noor selaku Guru Penolong Kanan Satu sedang mengumumkan keputusan para pelajar satu persatu
Adik Mohd. Zulhilmi gembira tidak terkata apabila melihat keputusannya. Syabas diucapkan..


Mohd. Zulhilmi menerima ucapan tahniah peluk cium daripada ibu dan bapanya. Terima kasih juga diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa Mohd. Zulhilmi yang telah menghadiahkan sebuah peti sejuk dua pintu kepada sekolah kerana menghargai jasa baik seluruh warga sekolah mendidik anaknya. Terima kasih daun keladi...

Mohd. Haziq menangis gembira kerana tidak menyangka mendapat 4A 1B ..

Kepada yang berjaya teruskan usaha dan kepada yang kurang berjaya..ini bukanlah penamat anda. Giatkan usaha anda..

Aktiviti RIMUP

Pada 16 November yang lalu satu kursus motivasi bagi program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) telah diadakan di Kolej Komuniti Selandar. Sekolah kami telah dilantik untuk menguruskan perjalanan aktiviti ini. Ustaz Rahmat bin Abdullah adalah penceramah yang mengendalikan program ini. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini berakhir pada jam 4.30 petang. En Tajuddin selaku wakil PPD Tampin telah merasmikan penutupannya. Sekalung tahniah dan syabas kepada warga SK Rokan kerana berganding bahu menjalankan aktiviti ini. Tidak lupa juga kepada pihak Kolej Komuniti Selandar yang banyak memberikan kerjasama serta semua yang terlibat.









Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting