Produk Minda Online

Syabas dan tahniah........Bahagian 1


Pada 29 Julai lalu bertempat di Dewan SMK Bukit Jalor, dua orang warga sekolah telah diraikan pada satu majlis khas iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan. Ustazah Norazlin dan Encik Rais telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pihak admin mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas atas anugerah yang diterima. Semoga dengan anugerah ini, akan menaikkan lagi semangat kita untuk melakukan segala tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi. Tahniah dan syabas...............

Peperiksaan UPSR Yang Semakin Hampir

Sedar tak sedar maka sekarang sudahpun masuk bulan Ogos dan bermakna UPSR semakin mendekat. Persoalannya adakah para pelajar telah bersedia 100% untuk menduduki UPSR?
Persediaa sebenar bukan hanya terletak dengan giat mengulangkaji, malahan persediaan tersebut merangkumi dari segenap aspek seperti sentiasa menunaikan solat, bersembahyang hajat, membeli kelengkapan alat tulis yang berkualiti, mengamalkan cara hidup sihat seperti cara pemakanan, kebersihan,senaman , sentiasa memberi fokus sewaktu belajar, menggunakan masa dengan baik khususnya pada waktu senggang seperti pada masa rehat atau sewaktu menunggu guru dan juga cara menghormati semua guru.

Para pelajar sering beranggapan bahawa mereka telahpun bersedia, namun jika anda membaca sekali lagi setiap baris di atas, anda akan sedar bahawa tidak banyak yang anda lakukan.Jadi jika kita tidak berusaha dengan sebenar-benarnya atau dengan sedaya upaya kita, adakah kejayaan akan kita kecapi? Pastinya setiap kejayaan hanya untuk orang yang berusaha.

Oleh itu kepada semua murid, ayuh bangkit! gandakan usaha anda, lakukan yang terbaik. Apalah sangat satu bulan ini..gunakan hanya satu bulan ini untuk menguasai setiap ilmu pelajaran lupakan bermain hanya untuk satu bulan, lupakan bersembang kosong hanya untuk satu bulan. Ringkasnya "Untuk UPSR, lupakan yang lain.."

Vandalisme ? Mahu hancurkan sekolah?

Apa masalahnya sehingga mereka sesuka hati menebuk lantai kaki lima sekolah ini? Adakah ini vadalisme? Apa akan jadi jika ini tidak dibenteras?


Lihatlah kaki lima yang berlubang dan berdebu ini? Siapa yang mahu bertanggungjawab?


Sebenarnya ini adalah pasukan penghapus anai-anai yang berusaha untuk membasmi anai-anai. Lubang-lubang yang ditebuk itu akan diisi dengan bahan penghapus anai-anai dan akan kembali ditutup. Khabarnya sebanyak 2000 lubang di seluruh kawasan sekolah akan dibuat dan dimasukkan dengan bahan penghapus anai-anai. Kosnya pula bukanlah sedikit ..dengar-dengarnya mencecah RM 20,000!..Persoalannya adakah akan terhapusnya anai-anai di sekolah? nantikanlah...

Gempar...Kebakaran!!!!!

Pada 3 Jun lalu satu kejadian yang mencemaskan telah berlaku. Kira-kira pada pukul 11:00 pagi..loceng kecemasan berbunyi dengan agak panjang. Para pelajar bergegas beratur dan menuju ke padang mengikut pelan kebakaran yang telah ditampal di dalam kelas . Apabila sampai di padang barulah diketahui bahawa ini hanyalah latihan semata-mata.


Para pelajar agak cemas pada awalnya

Pelajar tahun 6 yang berada di makmal menjadi "mangsa" kerana langsung tidak mendengar bunyi loceng kebakaran.


Aikk..ada gak yang menyorok di sebalik pokok yang kecil...

Perjumpaan Penjaga Tahun 6 2/2010

2 Jun yang lalu, kira-kira jam 12.00 tgh. bertempat di kelas Tahun 6, satu perjumpaan antara para guru dan penjaga tahun 6 diadakan. Program ini bertujuan untuk membincangkan keputusan Canang 1 dan langkah-langkah susulan bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar dan diiukuti oleh laporan daripada semua guru tahun 6. Setelah itu, ibu bapa mengambil buku laporan anak-anak .

Semoga dengan adanya majlis perbincangan sebegini akan mampu menaikkan lagi prestasi pelajar. Melalui majlis ini juga didapati para ibu bapa sangat mengambil berat masalah anak-anak. semoga dengan doa semua pihak dan usaha gigih para pelajar, maka keputusan yang gemilang bakal tercapai.Amin


Guru Besar sedang memberi ucapan ringkas

Cikgu Siti Aisyah pula memberi laporan tentang Bahasa Inggeris

Pn. Norizan selaku guru pembantu bagi Bahasa Inggeris turut memberi input berguna.

Inilah gelagat para ibu melihat keputusan anak-anak
Penyerahan buku rekod pelajar.

Hari Bertemu Pelanggan 1/2010

Pada 2 Jun lalu satu program ringkas telah dijalankan. Program yang dimaksudkan adalah Hari Bertemu Pelanggan. bermula jam 11.00 pagi, ibu bapa berpusu-pusu ke sekolah dan menemui para guru bagi membincangkan masalah pembelajaran anak-anak. Sikap prihatin sebegini sebenarnya adalah kunci kejayaan anak-anak.
Selain itu juga program ini dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan para guru. Semoga majlis sebegini akan diteruskan dan mendapata reaksi positif daripada semua pihak.

Cikgu Ashrul sedang berbincang dengan ibu Ikmal

Pn. Norazlin pula dengan senyuman menyambut ayah Syahmi..

Apa yang menggelikan hati ni?

Mesyuarat Ringkas

Perhimpunan ringkas seperti ini adakalanya lebih membawa manafaat jika dibandingkan dengan mesyuarat formal yang adakalanya mengambil masa berjam-jam. Ini disebabkan apa yang hendak disampaikan adalah ringkas dan padat tidak ada unsur meleret-leret. Jesteru itu pihak sekolah telah merealisasikan hal ini dengan mengadakan mesyuarat ringkas selepas perhimpunan mingguan. Segala masalah disampaikan dengan penuh ringkas.


Lihatlah betapa tekunnya para guru mendengar amanat yang disampaikan oelh Guru Besar.

Majlis Perpisahan Cikgu Siti Romiyah

Pada 18 Mei yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu jamuan ringkas bagi mengenang jasa Puan Siti Romiyah. Puan Siti Romiyah telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Beliau telah lama berkhidmat di sini iaitu kira-kira 18 tahun. Awalnya majlis dirancang dibuat di luar, namun berlaku beberapa kekangan yang memaksa kami akhirnya akur dan terpaksa mengadakan majlis di sekolah sahaja.Pn. Siti Romiyah bukanlah asing di sini kerana beliau merupakan anak jati Kampung Batang Rokan. Seluruh warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Romiyah yang banyak memberi sumbangan khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Didoakan semoga beliau gembira dan dapat meraih banyak lagi kecemerlangan di sekolah baharu.



Pn. Siti Romiyah ( bertudung merah) diapit oleh rakan baiknya Pn. Norizan


Guru Besar mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas jasa Pn. Siti Romiyah


YDP. En. Ismail turut merakamkan penghargaan atas segala jasa Pn. Siti Romiyah.


Pn. Siti Romiyah sedang menyampaikan ucapan. Kelihatan rakannya amat terharu...

Pelbagai cenderahati diterima oleh Pn. Siti Romiyah antaranya daripada pihak sekolah, kelab guru dan juga PIBG



Para tetamu menikmati jamuan

Lihatlah kesedihan Cikgu Nooraini dan Cikgu Norhayati. Bersabarlah ya...

Sambutan Hari Guru

Pada 17 Mei yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu sambutan Hari Guru. Majlis bermula dari pukul 8;30 pagi dan tamat pada 1:00 petang. Bagi memeriahkan suasana sambutan, pelbagai acara telah dijalankan. Objektif utama sambutan ini bukan sahaja kerana meraikan Hari Guru tetapi dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah kerana keseluruhan aktiviti ini membabitkan semua termasuk para staff dan pelajar. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini makan hubungan baik yang selama ini tejalin akan terus kukuh.



Ustaz Razali diamanahkan untuk membacakan doa

Lafaz ikrar guru

Guru perempuan turut melafazkan ikrar sebaik selesai menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa

Juruacara kita Cikgu Nooraini

Adik Muhd. Afif menyampaikan ucapan selaku Ketua Murid. Segak Afif kali ini..

Guru Besar turut memberi ucapan dan berharap agar semua guru terur komited dalam mendukung amanah.

YDP En. Ismail bin Harun mengucapkan terima kasih kepada para guru yang mendidik anak-anak di sini.

Pn. Norizan diamanahkan untuk membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran

En. Mohd. Noor pula membacakan perutusan Menteri Pelajaran biarpun beliau sakit mata tetap bersemangat menyambut Hari Guru

Acara bersalam-salaman dan pemberian hadiah kepada guru-guru oleh pelajar sekolah

Aksi Rais membawa bola ibarat Dollah Salleh. Acara perlawanan bola sepak ini dimenangi oleh Team Guru dan Staf dengan jaringan 3 - 1
Guru-guru perempuan pula bermain bola baling. Tapi nampaknya mereka meneruskan dengan acara gusti pula ni...

Kelihatan Guru Besar yang "sporting" dengan turut serta bermain sukaneka..

Pertandingan batu seremban..Cikgu Ashrul bersungguh-sungguh nampaknya..

Ini pula aksi Ustazah Norazlin menangkap.....lalat kot..

Pertandingan seterusnya adalah bermain getah..

Penyerahan kad ucapan rekaan sendiri oleh pelajar Tahun Lima

Aksi boria..yeahhhhhhh

Ini pula aksi pelajar Tahun 6...juga yeahhhhh

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang...

Minggu Peperiksaan Penggal Pertama

Sepanjang minggu ini, sekolah telah mengadakan Penilaian Kendalian Sekolah rendah Penggal Pertama. Bagi pelajar Tahun Enam pula , mereka turut menjalani peperiksaan Canang 1. Biar apapun keputusannya anda sentiasa perlu meningkatkan kemajuan dan ilmu anda. Minat untuk belajar perlu sentiasa membara dalam jiwa anda. Bak kata pepatah "untuk dapatkan hasil yang luar biasa, kita perlu juga melakukan yang luar biasa".



Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting