Produk Minda Online

Peperiksaan UPSR Yang Semakin Hampir

Sedar tak sedar maka sekarang sudahpun masuk bulan Ogos dan bermakna UPSR semakin mendekat. Persoalannya adakah para pelajar telah bersedia 100% untuk menduduki UPSR?
Persediaa sebenar bukan hanya terletak dengan giat mengulangkaji, malahan persediaan tersebut merangkumi dari segenap aspek seperti sentiasa menunaikan solat, bersembahyang hajat, membeli kelengkapan alat tulis yang berkualiti, mengamalkan cara hidup sihat seperti cara pemakanan, kebersihan,senaman , sentiasa memberi fokus sewaktu belajar, menggunakan masa dengan baik khususnya pada waktu senggang seperti pada masa rehat atau sewaktu menunggu guru dan juga cara menghormati semua guru.

Para pelajar sering beranggapan bahawa mereka telahpun bersedia, namun jika anda membaca sekali lagi setiap baris di atas, anda akan sedar bahawa tidak banyak yang anda lakukan.Jadi jika kita tidak berusaha dengan sebenar-benarnya atau dengan sedaya upaya kita, adakah kejayaan akan kita kecapi? Pastinya setiap kejayaan hanya untuk orang yang berusaha.

Oleh itu kepada semua murid, ayuh bangkit! gandakan usaha anda, lakukan yang terbaik. Apalah sangat satu bulan ini..gunakan hanya satu bulan ini untuk menguasai setiap ilmu pelajaran lupakan bermain hanya untuk satu bulan, lupakan bersembang kosong hanya untuk satu bulan. Ringkasnya "Untuk UPSR, lupakan yang lain.."

2 comments:

Ansof86 said...

Adik saya Mohd Afif akan menduduki UPSR tahun ini.. Harap2 dia dapat keputusan yang cemerlang dan guru-guru SKR dapat membantu dan memberi tunjuk ajar sebelum dia menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

skrokan said...

InsyaAllah..doakan yang terbaik

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting