Produk Minda Online

Peperiksaan Akhir Tahun

Minggu lepas PKSR Semester 2 telah dijalankan. PKSR 2 ini penting bagi mencari pemenang untuk menerima hadiah bagi Hari Anugerah Cemerlang yang bakal berlangsung pada 19 November ini.




Tapi paling penting "JANGAN BELAJAR SAMPAI LEWAT MALAM..AKIBATNYA..."

Membina Bentuk 3D

Beginilah aksi murid Tahun 3..sewaktu diveri tugasan membina bentuk 3D. Menggunakan straw dan tanah liat..maka mereka dengan bangganya menunjukkan hasil kerja mereka.






Jamuan Perpisahan

Selamat kembali semua, post kali ini menceritakan tentang Jamuan perpisahan mantan Guru Besar iaitu En. Mohd. Razali bin Buang dan menyambut Guru Besar baharu Tn. Haji Norizan b. Pilus. Setelah melalui fasa kekangan waktu maka pada 21 Oktober yang lalu bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka, satu jamuan rasmi telah diadakan. Jamuan ini anjuran Kelab Guru dan Kakitangan sekolah serta PIBG.Kehadiran tetamu sangat menggalakkan. Ini menggambarkan semangat kerjasama seluruh warga sekolah amat erat dan patut dibanggakan.




Tn. Haji Mohd. Ali sedang membaca doa


Para tetamu mengaminkan doa


Cikgu Mohd. Noor selaku wakil guru dan kakitangan
sekolah sedang menyampaikan ucapan


Tn. Haji Norizan, Guru Besar kami yang baharu turut berucap


Ucapan oleh En. Mohd. Razali



Antara menu yang dihidangkan..nyamm..nyamm..


Apa yang menggelikan hati Pn. Norizan dan Cik Reha kita nii?


Copekk..bang..dah nak abis tuu..

sambil makan sambil sembang-sembang...

Mesranya pasangan ini.....

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Salam bahagia semua...cikgu pasti semua murid, bukan sahaj murid SK. Rokan nii tetapi semua murid sekolah di dunia sememangnya mahu menjadi pelajar cemerlang. Untuk itu pada 'posting' kali ini cikgu nak berikan tips menjadi pelajar cemerlang.

1. OPTIMISTIK
Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pelajaran. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri sendiri.

2. TUMPUAN SEPENUH HATI
Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di dalam kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya.

3. MULAKAN DARI AWAL
Membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah membuat ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya.

4. LENGKAPKAN PERALATAN
Sediakan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis dan nota-nota ringkas. Semangat sahaj tidak mencukupi untuk berjaya. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati dan melemahkan semangat untuk terus belajar. Untuk menambahkan lagi semangat anda, eloklah disediakan peralatan baharu setiap kali menjawab peperiksaan.

5. TEPATI WAKTU BELAJAR
Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

6.SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran sewaktu di luar waktu sekolah amat penting. Jika anda kurang memahami cara penyediaan jadual belajar ini, eloklah mendapat nasihat guru. Namun apa yang lebih penting adalah mematuhi jadual yang dirancang. Apalah gunanya jadual yang efisen, jika tidak dipatuhi.

7.JANGAN MALU BERTANYA
Tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang atau kaka-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

8. JAGA KESIHATAN FIZIKAL
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau junkfood. jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

9.MAKANAN SEIMBANG
Menjaga dan mengawal pemakanan dengan mengambil makana yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar.Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. Anda juga digalakkan mengambil makanan tambahan khususnya vitamin .

10. HORMATI GURU
Ini antara faktor terpenting untuk mencapai kecemerlangan. Menghormati guru bukan sahaja bererti memberi perhatian semasa guru mengajar tetapi tidak menghina atau mengata guru di belakang. Guru insan yang memberi pengetahuan kepada kita jadi eloklah guru dihormati.

11. JAGA SOLAT SEBAIKNYA
Tunaikanlah solat lima waktu pada awal waktunya. janganlah melengah-lengahkan solat. Selain itu tunaikan juga solat-solat sunat seperti solat hayat, solat taubat dan sebagainya.

12. DOA
Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada ALLAH. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

13. TAWAKAL
Berserah diri kepada Allah dan tidak mudah berputus asa jika gagal. Jika tidak berjaya, tanamkan tekad untuk menjadikan kegagalan itu sebagai pendorong mencapai kejayaan di kemudian hari.

Inilah serba sedikit tips menjadi murid cemerlang. Jadi tanamkan azam anda dan amalkan tips ini maka anda bakal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi antara sejarah terindah bukan sahaj kepada diri tetapi kepada sekolah anda.

Majlis Sumbangan Hari Raya

Salam lebaran...
Agak lagi tiada posting terbaru di blog sekolah nii.Satu majlis sumbangan hari raya telah dijalankan oleh pihak sekolah pada hari Khamis sebelum cuti Hari Raya yang lalu. Majlis ini merupakan satu majlis penyerahan sumbangan wang kepada pelajar. Wang yang dikumpulkan adalah hasil daripada derma para guru, kaki tangan sekolah, orang perseorangan dan juga badan swasta.. Sumbangan telah disampaikan oleh guru besar En. Mohd. Razali bin Buang. Ini juga merupakan majlis terakhir yang dikendalikan oleh tuan guru besar. Nak tahu kenapa? Nantikanlah 'posting' terbaru nanti ye..
Sumbangan ini disampaikan bukan sahaja kepada pelajar yatim dan miskin tetapi turut meliputi semua pelajar..Itulah keistimewaan sekolah kami..tiada yang diketepikan bak kata pemimpin kita Rakyat didahulukan..hi..hi..hi..



Begitu tekun mendengar ucapan Guru Besar


Guru Besar sempat menyampaikan amanat terakhir kepada kami..

Guru perempuan pula sempat berbincang tentang kuih raya yang akan "dibeli" nanti kot..






Antara pelajar yang menerima sumbangan raya

Apa itu Kuarantin?

Memang kita semua sedia maklum bahawa virus influenza H1N1 nii masih berleluasa di negara kita. Kita juga seringkali terdengar saranan pelbagai pihak tentang langkah-langkah pencegahannya. Untuk 'posting' kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang pelbagai istilah dan juga penerangan ringkas tentang langkah pencegahan H1N1 ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kuarantin?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kuarantin dapat diertikan sebagai tempoh pengasingan seseorang atau sesuatu yang disyaki membawa penyakit. Hal ini bermakna bahawa apabila terdapat tanda-tanda pada seseorang atau sesuatu sama ada haiwan atau tumbuh-tumbuhan, atau sebarang bentuk makanan yang dipercayai dapat membawa penyakit atau wabak, maka tindakan pengasingan akan dilakukan, untuk mencegah penularan atau jangkitan daripada tersebar kepada orang lain.

10 perkara tentang kuarantin

1. Duduk di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang dikenakan dan elakkan sentuhan dengan ahli keluarga lain yang tidak dikehendaki menjalani proses kuarantin.

2. Jangan tinggalkan rumah untuk menghadiri sebarang majlis atau aktiviti termasuklah kenduri, membeli-belah, melancong, menyertai aktiviti keagamaan atau menghadiri kelas tuisyen.

3. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, saudar-mara atau rakan-rakan sekiranya anda perlu membeli makanan atau keperluan harian. Jangan pergi sendiri ke pasar atau kedai.

4. Elakkan sentuhan dengan orang yang menawarkan bantuan kepada anda.Jangan pegang, belai atau berjabat tangan dengan sesiapa.

5. Catatkan nama, alamat atau nombor telefon orang yang datang menemui anda atau menziarahi atau membantu anda, Ini untuk memudahkan kerja mengesan mereka sekiranya mereke menunjukkan sebarang simptom penyakit.

6. Pakai topeng jika anda batuk, bersin atau selesema dan sakit tekak. Ini mengelakkan kuman atau virus tersebar kepada orang sekeliling.

7. Amalkan etika semasa batuk dan jaga kebersihan diri dengan rapi. Tutup mulut semasa batuk atau bersin. Pastikan ruang udara sekeliling adalah baik. Jangan duduk di tempat terkepong atau pengudaraannya yang tidak baik.

8. Awasi simptom selesema termasuklah demam dan batuk. Dapatkan rawatan segera jangan tunggu demam anda semakin serius.

9. Hubungi Kementerian Kesihatan, klinik atau hospital berhampiran jika ada tanda-tanda selesema.

10. Sentiasa ikuti perkembangan semasa tentang influenza H1N1 sama ada dari media cetak atau media massa.

Gotong-royong Perdana

Salam, agak lama kami tidak memaparkan berita terbaru tentang sekolah kami ini. Jadi pada 'posting' terbaru ini kami memaparkan gambar-gambar aktiviti gotong-royong yang telah kami jalankan pada Rabu lalu. Aktiviti ini melibatkan para guru dan pelajar. Selain daripada dapat menceriakan sekolah, aktiviti ini juga membolehkan hubungan antara guru dan pelajar dapat diperkukuhkan.


Inilah aksi guru-guru mengemas...er..er..menyepah.. mana-manalah yang sesuai

Tempat mengambil wuduk turut dibersihkan oleh pelajar

Bilik Kemahiran Hidup turut dikemaskan

Bilik Buku Teks tidak terkecuali.....

Hati-hati yer...jatuh nanti..

Ujian Pra UPSR 2009




BEGITU TEKUNNYA PARA PELAJAR MENJAWAB SOALAN PRA UPSR
SEMOGA MEMBUAHKAN HASIL YANG MEMBANGGAKAN...AMIN


Bermula 28 Julai hingga 30 Julai Ujian Pra UPSR dijalankan serentak di seluruh sekolah rendah di Negeri Sembilan. Ujian ini penting bagi menilai kemampuan murid yang akan menduduki UPSR. Selain itu juga, Ujian ini menjadi penanda aras terhadap keputusan UPSR. Diharapkan agar semua pelajar Tahun Enam dapat melakukan yang terbaik kerana melalui keputusan Pra UPSR ini juga, para pelajar akan disenarai pendek untuk mengisi borang permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh pada 2010 nanti.

MATLAMAT SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan generasi yang unggul dan seimbang dalam akademik, kokurikulum dan berkeperibadian mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni dan berwawasan selaras dengan aspirasi pendidikan dan negara
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting