Produk Minda Online

Menteri Besar Negeri Sembilan Turun Padang...

Artikel kali ini bukanlah aktiviti sekolah tetapi aktiviti penduduk Kampung Batang Rokan tetapi dibuat di padang sekolah. Oleh sebab itulah maka tajuk post kali ini Menteri Besar turun padang....
Terdapat tiga program utama dalam majlis ini iaitu penyerahan geran bagi penghuni rumah rakyat, bantuan kebajikan dan penyerahan keuntungan koperasi (kalau tak silap).
Pada majlis ini juga pihak sekolah sempatlah menyerahkan kertas kerja yang bertajuk "Menaiktaraf Infrastruktur Sekolah". Sememangnya diakui bahawa dari segi kemudahan prasarana, sekolah ini agak ketinggalan daripada sekolah yang lain. Justeru itu pihak PIBG berharap dengan penyerahan kertas kerja ini maka dapatlah serba sedikit nikmat pembangunan dirasai oleh pihak sekolah.


Kelihatan deretan khemah yang dihias indah bagi menyambut Menteri Besar kita.

YB Gemencheh, Dato' Mohd. Kamil dan isteri juga hadir menunggu ketibaan MB.

Turut kelihatan YB Gemas Dato' Zainab.

Ketibaan MB disambut oleh segenap lapisan masyarakat kampung. Turut kelihatan En. Suppaiah yang menjadi orang terawal bersalam-salaman dengan MB.

Cikgu Mohd. Noor turut sempat bertanya khabar dengan MB.

MB naik ke padang dan disambut oleh pasukan silat kampung. Turut kelihatan Adik Azim..

Tarian juga disajikan bagi menyambut kedatangan MB. Mereka ini adalah bekas-bekas pelajar sekolah ini.

MB sempat memberi ucapan

En. Azizul merupakan salah seorang yang mendapat geran rumah..

Apa-apapun Fathiah yang kenyang.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini. Melalui aktiviti sebegini dapat merapatkan bukan sahaja hubungan sesama masyarakat kampung malahan antara pemimpin dan anak buah.

Mini Gotong-royong

pada 24 April lau..pelbagai program yang dijalankan oleh pihak sekolah dan juga masyarakat kampung. Buat pengetahuan semua satu majlis melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan akan dijalankan pada 26 April. Oleh itu pihak sekolah tidak terkecuali untuk membersihkan kawasan sekolah. Inilah sebahagian foto-foto yang sempat dirakam.


Hasif tetap tersenyum biarpun pelbagai fail telah disepahkannya...

Rais juga tidak terkecuali menyusun kembali fail bagi menggantikan dengan kod fail yang baru..

Pelajar Tahun enam siap basuh kelas lagi..hati-hati

Kem Bestari Solat

Pada 24 April yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, satu program iaitu Kem Bestari Solat telah dilakukan. Program murni yang bertujuan supaya semua pelajar mahir dan pandai dalam setiap bacaan solat. Program ini diadakan di musallah yang baru sahaja mendapat bekalan elektrik. Terima kasih kepada Tuan Guru Besar yang sememangnya bertindak proaktif..( ayat ini adalah ayat penyata..bukan ayat membodek...:). Ustaz Razali, Ustazah Reha, Ustazah Norazlin, Ustazah Norizan, Ustazah Norhayati dan beberapa orang lagi ustazah telah membantu dalam menjayakan program ini. Sremoga program sebegini bakal memberi impak kepada pelajar.


Sebagahian pelajar yang tekun mendengar cerita dan penerangan

Pakar motivasi kita iaitu Ustazah Reha kelihatan bersemangat biarpun kurang sihat..emm..emm..emm ke?

Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2010

Pada 14 April, satu Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2010 atau lebih ringkas dikenali sebagai KWAPM telah dilakukan. Pada tahun ini, majlis ini dibuat secara besar-besaran mengikut Adun. Bagi Adun Gemencheh, majlis ini diadakan di dewan MRSM Gemncheh yang serba indah. Sebanyak 15 buah sekolah terlibat dan sejumlah hampir RM170,000.00 berjaya diagihkan pada waktu itu. Majlis ini disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd. Kamil bin Hj. Abd. Aziz iaitu ADUN Kawasan Gemencheh. Admin sempat merakamkan detik-detik tersebut khususnya bagi sekolah admin sendiri.



Sesi pendaftaran kehadiran..penuh sesak...

Antara tetamu terhormat yang sempat hadir..Dari kiri..En. Kamil Penyelia HEM PPD, Tn. Hj. Mad. Aris ( PPD Tampin ), YB. Dato' Mohd. Kamil (ADUN Gemencheh), Pn. Hjh. Napsia ( Guru Besar SK. Datuk Abdullah selaku pengelola ) dan wakil Pengetua MRSM.

Sebahagian tetamu yang hadir..

Tn. Hj. Mad Aris sempat memberi ucapan yang mengharapkan supaya wang tersebut digunakan dengan sebaiknya.

YB Dato' Mohd. Kamil juga berharap supaya wang tersebut digunakan khusus kepada para pelajar.

En. Md. Jimi slaku wakil pihak ibu bapa SK. Rokan sedang menerima sumbangan daripada YB.

En. Hadi juga merupakan wakil ibu bapa SK. Rokan

Cik Siti Aishah menyerahkan sumbangan kepada seorang penjaga.

Kesimpulannya..bantuan ini seharusnya dimanafaatkan ke jalan yang betul supaya memberi impak positif dalam proses pembelajaran pelajar.

Misteri Alza Putih

Pada petang tadi, sebuah Alza misteri bewarna putih telah singgah di kawasan sekolah. Semua orang yang berada di sekolah tertanya-tanya siapakah tuannya? Apakah tujuan kedatangannya? dan pelbagai lagi persoalan timbul tanpa mampu dijawab oleh kami semua. Kami turut bimbang jika kedatangannya mengundang bahaya atau mengancam keselamatan murid. Sebagi memenuhi tanggungjawab sosial dan bagi menjadi modal insan yang berguna selaras dengan hasrat kerajaan melalui PIPP, Admin, Rais dan Hasif telah bersepakat untuk menyiasat kehadiran Alza Putih Misteri ini. Inilah sebahagian bahan bukti yang sempat kami kumpul..malangnya kami gagal mengesan DNA yang terdapat pada Alza ini memandangkan kekilatan Alza ini telah menghapuskan semua bukti DNA.



Alza ini dilengkapi dengan Twin Cam lagi..misteri..misteri

Auto lagi tuu..bertambah misteri nii..

Terdapat ruang simpanan barang di hadapan stereng...Adakah senjata penting disimpan di sini?Fuuhh..susahnya nak selesaikan kes ini..

Plastik telah dibalut pada tempat duduk bagi mengelakkan sebarang bahan bukti seperti rambut terlekat pada tempat duduk... pening..pening nak selesaikan kes berat ni..

Inikah kod rahsia yang mereka guna?

Amaran yang diberikan kepada kami...memang suspen betul..

Ini adalah tangan Rais yang tengah mengira ketinggian suspek sewaktu duduk

Bahagian tempat duduk yang telah dibersihkan...
Jadi memang sukar buat kami untuk menyelesaikan kes Alza Misteri ini..Namun kes ini berjaya juga kami selesaikan kerana kami bimbang jika kami lambat bertindak maka...banyak masalah akan timbul..Inilah nombor pendaftaran Alza ini..rasanya nombor ini mempunyai persamaan dengan sebuah Kancil putih yang selalu berada di kawasan sekolah ini..

Sewaktu disoal siasat, Rais ada bertanya tentang bayaran bulanan bagi Alza ini...tetapi suspek hanya diam sambil tersenyum..tidak memberi jawapan....Adakah Alza ini dibayar tunai? Admin mengambil sedikit tagline Nabil... Lu pikirlah sendiri !!!!

Zoom A

Seramai 10 orang pelajar Tahun Enam telah terpilih bagi menjawab soalan-soalan UPSR melalui Portal Zoom A. Mereka ini dibantu oleh dua orang guru yang berkemahiran dan terlatih dalam mengendalikan Zoom A iaitu Cikgu Nooraini dan Cikgu Siti Aishah. Biarpun kelajuan internet agak perlahan, namun diharapkan semua murid sabar dan gigih menjawab soalan.



Hakim dan Hafizi terpaksa bergilir-gilir menggunakan komputer memandangkan tidak semua komputer boleh menerima capaian internet

Cikgu Siti Aishah tekun memantau para pelajar

Aksi Emir dan Afif sewaktu menjawab Zoom A


Beginilah caranya..mungkin inilah yang diperkatakan oleh Cikgu Nooraini kepada para pelajar.

Selamat Pengantin Baru Buat Ustazah Reha

Pada 20 Mac 2010 menjadi hari paling bermakna buat Ustazah Reha. Tarikh ini menjadi detik penting buat Ustazah Reha kerana beliau selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Majlis berlangsung di Sungai Kelamah. Inilah foto-foto yang admin sempat editkan istimewa untuk Ustazah kita ni. Selamat Pengantin Baru semoga anda berdua hidup dalam rukun dan damai serta bahagian sehingga ke akhir hayat. Amin..



Inilah kad undangan yang cantik buat kami berkunjung ke Sungai Kelamah


Gambar pengantin yang sempat admin editkan dan framekan sekali..percuma saja..



Asyik pengantin makan..

Terima kasih kerana sediakan bubur kegemaran admin

Inilah sebahagian hantaran perkahwinan


Program English In Camp Berjaya!!Terima kasih Dato' Kudin

Buat pertama kalinya, pihak sekolah telah menganjurkan program English In Camp. Program ini bermatlamat untuk menanamkan rasa minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Program ini diadakan pada 15 dan 16 Mac yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ice breaking, motivasi, teknik menjawab soalan, persembahan dan sebagainya. Program ini dikhususkan kepada pelajar Tahun 5 dan 6. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Nasaruddin kerana menghulurkan sumbangan dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua fasilitator yang dijemput dan juga kepada para guru kerana sama-sama membantu walaupun program ini dijayakan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Komitmen seperti ini amat membantu. Terima kasih juga kepada pengusaha Kantin..Pn. Siti Roziah yang bertungkus-lumus menyiapkan makanan yang lazat kepada kami semua.


Pn. Norizan membantu salah satu kumpulan dalam aktiviti Ice Breaking

Pn. zuraidah daripada SK. Datuk Abdullah turut bersama-sama kami selama dua hari ini. Terima kasihlah ye..

Tuan Guru Besar juga sempat meluangkan masa melihat aktiviti murid dan mungkin turut memantau kami kot..hi..hii..hii

Cikgu Azmi Che Lah kembali lagi ke sekolah ini dalam aktiviti motivasinya..


Sesi yang dikendalikan oleh Cikgu Siti Romiyah juga tidak kurang hebatnya..

Lihatlah betapa rajinnya para pelajar datang bertanya ...

Inilah orang kuat program ini..Cik Siti Aishah
Tuan Guru Besar sempat berucap..dalam Bahasa Inggeris lagi..cayalah..

Persembahan paling diingati eieio...eieiooooo

Antara persembahan pelajar

Ini juga persembahan pelajar..semuanya dalam Bahasa Inggeris

Anugerah pelajar paling aktif untuk Tahun enam dimenangi oleh Adik Amirul Hakim

Adik Aiman pula menang kategori yang sama bagi Tahun Lima

sedikit cenderahati untuk fasilitator..dan gambargambar di bawah pula adalah antara hasil pelajar yang sempat dirakam..







Kesimpulannya English In Camp yang pertama kali diadakan ini memperlihat betapa para pelajar kita sebenarnya sangat berminat belajar Bahasa Inggeris. Walaupun sukar mereka tidak jemu bertanya dan berbincang selain merujuk kamus.. Harapan kami agar aktiviti seperti ini diadakan lagi..dan diharapkan adalah dermawan yang sudi memberi sumbangan kepada kami lagi sepertimana yang disumbangkan oleh Dato' Nasarudin.
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting