Produk Minda Online

Ujian Pra UPSR 2009

BEGITU TEKUNNYA PARA PELAJAR MENJAWAB SOALAN PRA UPSRSEMOGA MEMBUAHKAN HASIL YANG MEMBANGGAKAN...AMINBermula 28 Julai hingga 30 Julai Ujian Pra UPSR dijalankan serentak di seluruh sekolah rendah di Negeri Sembilan. Ujian ini penting bagi menilai kemampuan murid yang akan menduduki UPSR. Selain itu juga, Ujian ini menjadi penanda aras terhadap keputusan UPSR. Diharapkan agar semua pelajar Tahun Enam dapat melakukan yang terbaik kerana melalui keputusan Pra UPSR ini juga, para pelajar akan disenarai pendek untuk mengisi borang permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh pada 2010 nan...

MATLAMAT SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAHMelahirkan generasi yang unggul dan seimbang dalam akademik, kokurikulum dan berkeperibadian mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni dan berwawasan selaras dengan aspirasi pendidikan dan neg...

MISI SEKOLAH

MISI SEKOLAH1. Menanamkan sikap mementingkan akademik.2. Mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah.3. Memperkembangkan potensi murid dalam kokurikulum selari dengan bakat dan minat.4. Membina budaya cemerlang di kalangan warga seko...

VISI SEKOLAH

VISI SEKOLAHMenjadikan sekolah sebuah institusi kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Neg...

Kecemerlangan Semester 1

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah kecemerlangan murid bagi Semester Satu telah diadakan pada 21 Julai bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Majlis yang setiap tahun diadakan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya meraih markah tertinggi setiap kelas dalam peperiksaan pertengahan tahun yang la...

Bulan Kecergasan: Aksi Guru

Inilah aksi maut Ustazah Reha bermain badminton berpasangan dengan Cikgu Fadhillah..Lin Dan pun tak leh wat aksi ni..Ini acara bergu campuran..Lihatlah kehebatan Uztazah Norazlin dan suami Cikgu Ashrul...

Bulan Kecergasan

Pada minggu kedua pula, pihak sekolah mengadakan aktiviti permainan badminton bagi pelajar perempuan dan futsal bagi pelajar lelaki. Inilah aksi yang sempat kami rakamkan.Aksi Murid Lelaki Tahap 1Pasukan yang berjaya ke final sedang melambaikan tangan kepada penonto...

Bulan Kecergasan

Semua sedia maklum bahawa Julai adalah bulan kecergasan..Selaras dengan itu, maka setiap pagi Rabu sepanjang bulan ini, setiap sekolah dikehendaki mengaturkan acara kecergasan. Pada minggu pertama pihak sekolah telah mengadakan acara tarian berirama..iaitu Poco-poco. Untuk itu, pihak sekolah telah mengundang tenaga luar iaitu para beliawanis dan kaum ibu sekitar Kampung Rokan untuk membantu pihak sekolah. maka hasilnya ramailah yang sudah pandai menari poco-poco...Terima kasih daun keladi diucapkan kepada yang sudi membantu kami ye..Inilah antara step penting yang diajarkan kepada kami...Sudah mula mendapat skill...Akhirnya..murid-murid terus...

Jamuan Perpisahan dan Persaraan

Satu majlis perpisahan bagi meraikan dua orang warga SK. Rokan yang telah berpindah dan bersara telah diadakan pada awal Julai. En. Ishak selaku Pembantu Tadbir telah berpindah ke SK Bukit Rokan. Sementara itu pula, en. Abdullah atau lebih dikenali sebagai 'Pak Mail', telah bersara sebagai pengawal keselamatan. Terima kasih atas segala perkhidmatan anda. Jasamu dikenang.Pak Mail berucap ringkas..sedih sangat katanyaEn. Ishak juga kelihatan sebak sewaktu berucapTn. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada mereka ber...

Ceramah H1N1

Inilah penceramah kita. Terima kasih banyak-banyak ye..Semua murid tekun mendengar ceramah iniBaru-baru ni..pihak Jabatan Kesihatan Tampin telah mengadakan satu ceramah ringkas berkaitan H1N1. Berikut adalah antara perkara penting yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut:1. Apakah itu penyakit H1N1?Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes terawal dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat dan akhirnya menular ke...

Cikgu Yati Kemalangan

Inilah keratan akhbar yang dapat saya jumpa secara tidak sengaja..entahlah..tiba-tiba hari tuu nak beli suratkhabar..Keratan ini menceritakan tentang kemalangan yang berlaku kepada Cikgu Norhayati kita..Semoga Cikgu Norhayati cepat sembuh dan mengajar kami semua. Lama benar kami tak dengar leteran Cikgu Yati nii..Pada hari kejadian, iaitu 5hb Julai yang lalu, Cikgu Yati dan adiknya juga seorang guru sedang dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Moncheh. Sebuah kereta Myvi telah gagal memotong kenderaan di hadapan lalu melanggar kereta Cikgu Ya...

Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti yang berikut adalah Sambutan Maulidur Rasul yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Majlis ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang meriah. Moga aktiviti ilmiah ini akan terus dijalankan.Makan!!!!Para hakim sedang tekun menilaiPersembahan NasyidInilah penceramah undangan kitaGuru Besar Menyampaikan Ucapan PerasmianUstaz Razali selaku Guru Cemerlang membacakan doaUstazah Reha selaku juruacara majlis dengan penuh semangat mengendalikan majlis iniPerarakan Amir Haziq dan Zulhilmi selaku 'kepala' perarakan tersenyum gembira..mungkin kerana suka gambarnya terakam dan akan dimasukkan ke dalam blog sekol...

Sambutan Hari Guru 2009

Sebenarnya ini adalah aktiviti yang sudah lama berlalu, namun seperti yang saya beritahu pada posting terawal bahawa kesibukan dan ketidakpuasan hati saya tentang template terbaik maka semua posting terpaksa ditunda dahulu. Biarpun sekolah ini agak kecil, namun Sambutan Hari Guru tetap meriah. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah pertandingan bola sepak, pertandingan bola tampar, sukaneka, pertandingan congkak dan tutup botol serta persembahan murid. Berikut adalah antara kenangan manis yang sempat saya rakamkan untuk tatapan kita bagi menjadikannya satu kenangan terindah..chehh..bermadah lak..saya n...
Page 1 of 2212345Next
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting