Produk Minda Online

Ceramah H1N1


Inilah penceramah kita. Terima kasih banyak-banyak ye..

Semua murid tekun mendengar ceramah ini




Baru-baru ni..pihak Jabatan Kesihatan Tampin telah mengadakan satu ceramah ringkas berkaitan H1N1. Berikut adalah antara perkara penting yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut:

1. Apakah itu penyakit H1N1?
Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes terawal dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat dan akhirnya menular ke serata dunia termasuklah negara kita. Untuk mengetahui tentang negara-negara terbabit anda bolehlah layari laman web ini www.moh.gov.my dan www.who.int

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
*SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor
*Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang ramai, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
*Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
*Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
*Jangan gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

6. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini dalam tempoh yang lebih lama.

7. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
*Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
*Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
*Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
*Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.
*Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu.
*Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

8. Adakah vaksin untuk penyakit ini?
Buat masa ini vaksin tersut masih dalam proses penciptaan dan dijangka berada di pasaran pada akhir tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting