Salam, sepanjang Ramadan ini, pihak sekolah telah menggunakan waktu rehat untuk aktiviti tadarus Al Quran. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diselia oleh para guru. Setiap kumpulan ini juga diberi senarai Juzuk yang perlu dibaca..Aktiviti ini sangat baik bagi mencari keberkatan Ramadan tahun ini. Diharapkan aktiviti sebegini bakal menjadi pemangkin kepada generasi yang menghayati Al Quran dan dapat menjadikan Islam sebagai ad-d...
Hari Pertama Puasa
Puasa adalah menahan diri daripada segala godaan. Puasa juga melatih diri supaya bersabar..Tahun ini kita berpuasa di hari persekolahan. Diharapkan supaya semua yang berpuasa baik murid-murid atau staff dapat lebih banyak bersabar dan melipatganda amalan.Kepada murid-murid, biasakanlah diri untuk berpuasa supaya kita dapat merasai bagaimana kesengsaraan saudara sesama Islam kita yang kelaparan seperti di Gaza dan Somalia.Selamat Berpuasa.................
Sekitar Majlis Bacaan Yassin
Pada 5 Ogos yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin. Majlis ini khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Yang Maha Esa bagi dipermudahkan jalan kejayaan para pelajar Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR.majlis ini diadakan selepas Maghrib dan mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan ibu bapa. Turut hadir ke majlis ini ialah dua orang mantan Guru Besar.Bagi menjayakan majlis ini, pihak sekolah dengan sokongan ibu bapa telah bertungkus-lumus sejak pagi lagi. Biarpun aktiviti ini meletihkan, namun disinilah keberkatannya dapat dilihat. para ibu bapa dapat beramah mesra dan bergurau...
Tahniah dan Syabas...Bahagian 2

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana telah berjaya menghasilkan blog sendiri. Inilah paparan blog Tn. Haji Norizan. Kewujudan blog ini memberi satu cabaran buat para guru untuk menghasilkan blog. Blog bukan hanya bercerita tentang kisah peribadi tetapi kita boleh berkongsi ilmu kita. Jika anda ingin melihat dengan lebih lanjut blog Guru Besar kita sila layari http://norizanp.blogspot....
Perjumpaan Majlis Bacaan Yassin
Pada Isnin lalu, pihak PIBG dan para ibu bapa penjaga Tahun 6 telah mengatur pertemuan khusus bagi membincangkan persediaan untuk Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat yang dirancang akan diadakan pada 5 Ogos ini.Dalam perjumpaan ini, ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang seperti En. Hadi yang menyumbang seekor kambing, Tn. Hj. Ali yang menyumbangkan beras dan semua penyumbang lain. Bukan hanya sumbangan yang berbentuk material, tetapi sumbangan lain seperti tenaga empat kerat dan idea bernas.Menjadi harapan kami agar kerjasama erat sebegini sentiasa berkekalan.Dikesempatan...
Syabas dan tahniah........Bahagian 1
Pada 29 Julai lalu bertempat di Dewan SMK Bukit Jalor, dua orang warga sekolah telah diraikan pada satu majlis khas iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan. Ustazah Norazlin dan Encik Rais telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.Pihak admin mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas atas anugerah yang diterima. Semoga dengan anugerah ini, akan menaikkan lagi semangat kita untuk melakukan segala tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi. Tahniah dan syabas...............
Peperiksaan UPSR Yang Semakin Hampir
Sedar tak sedar maka sekarang sudahpun masuk bulan Ogos dan bermakna UPSR semakin mendekat. Persoalannya adakah para pelajar telah bersedia 100% untuk menduduki UPSR?Persediaa sebenar bukan hanya terletak dengan giat mengulangkaji, malahan persediaan tersebut merangkumi dari segenap aspek seperti sentiasa menunaikan solat, bersembahyang hajat, membeli kelengkapan alat tulis yang berkualiti, mengamalkan cara hidup sihat seperti cara pemakanan, kebersihan,senaman , sentiasa memberi fokus sewaktu belajar, menggunakan masa dengan baik khususnya pada waktu senggang seperti pada masa rehat atau sewaktu menunggu guru dan juga cara menghormati semua guru.Para pelajar sering beranggapan bahawa mereka telahpun bersedia, namun jika anda membaca sekali lagi setiap baris di atas, anda akan sedar bahawa...