Bulan Kecergasan
Bulan Kecergasan
Semua sedia maklum bahawa Julai adalah bulan kecergasan..Selaras dengan itu, maka setiap pagi Rabu sepanjang bulan ini, setiap sekolah dikehendaki mengaturkan acara kecergasan. Pada minggu pertama pihak sekolah telah mengadakan acara tarian berirama..iaitu Poco-poco. Untuk itu, pihak sekolah telah mengundang tenaga luar iaitu para beliawanis dan kaum ibu sekitar Kampung Rokan untuk membantu pihak sekolah. maka hasilnya ramailah yang sudah pandai menari poco-poco...Terima kasih daun keladi diucapkan kepada yang sudi membantu kami ye..
Jamuan Perpisahan dan Persaraan
Satu majlis perpisahan bagi meraikan dua orang warga SK. Rokan yang telah berpindah dan bersara telah diadakan pada awal Julai. En. Ishak selaku Pembantu Tadbir telah berpindah ke SK Bukit Rokan. Sementara itu pula, en. Abdullah atau lebih dikenali sebagai 'Pak Mail', telah bersara sebagai pengawal keselamatan. Terima kasih atas segala perkhidmatan anda. Jasamu dikenang.
Pak Mail berucap ringkas..sedih sangat katanya
Ceramah H1N1
Baru-baru ni..pihak Jabatan Kesihatan Tampin telah mengadakan satu ceramah ringkas berkaitan H1N1. Berikut adalah antara perkara penting yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut:
1. Apakah itu penyakit H1N1?
Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes terawal dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat dan akhirnya menular ke serata dunia termasuklah negara kita. Untuk mengetahui tentang negara-negara terbabit anda bolehlah layari laman web ini www.moh.gov.my dan www.who.int
3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
5. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
*SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor
*Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang ramai, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
*Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
*Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
*Jangan gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
6. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini dalam tempoh yang lebih lama.
7. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
*Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
*Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
*Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
*Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.
*Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu.
*Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
8. Adakah vaksin untuk penyakit ini?
Buat masa ini vaksin tersut masih dalam proses penciptaan dan dijangka berada di pasaran pada akhir tahun ini.
Cikgu Yati Kemalangan
Sambutan Hari Guru 2009
Sebenarnya ini adalah aktiviti yang sudah lama berlalu, namun seperti yang saya beritahu pada posting terawal bahawa kesibukan dan ketidakpuasan hati saya tentang template terbaik maka semua posting terpaksa ditunda dahulu. Biarpun sekolah ini agak kecil, namun Sambutan Hari Guru tetap meriah. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah pertandingan bola sepak, pertandingan bola tampar, sukaneka, pertandingan congkak dan tutup botol serta persembahan murid. Berikut adalah antara kenangan manis yang sempat saya rakamkan untuk tatapan kita bagi menjadikannya satu kenangan terindah..chehh..bermadah lak..saya ni..














Persekitaran Sekolah
Salam sejahtera,
Sebelum kita menceritakan hal sekolah nii..saya ingin memohon maaf kerana agak lama tidak menambah maklumat di blog sekolah ni..sibuk dengan projek blog PSS . selain itu juga saya asyik memikirkan template yang sesuai untuk blog sekolah..so setelah diujikaji beberapa malahan puluhan kali..barulah saya terhasil satu template yang menarik, ringkas, dan menceriakan..( itu perasaan..dan perasan saya je..le.) Maka blog yang anda lihat sekarang adalah blog sekolah yang rasmi...apa-apa maklumat sekolah akan dimasukkan ke dalam blog nii..
Dan untuk kali ini saya ingin memapatkan beberapa foto tentang permandangan sekolah..memang sekolah nii agak lama dan tidak dapat menampung bilik-bilik khas..tetapi ini tidak mematahkan semangat kami untuk belajar.


Sebelum kita menceritakan hal sekolah nii..saya ingin memohon maaf kerana agak lama tidak menambah maklumat di blog sekolah ni..sibuk dengan projek blog PSS . selain itu juga saya asyik memikirkan template yang sesuai untuk blog sekolah..so setelah diujikaji beberapa malahan puluhan kali..barulah saya terhasil satu template yang menarik, ringkas, dan menceriakan..( itu perasaan..dan perasan saya je..le.) Maka blog yang anda lihat sekarang adalah blog sekolah yang rasmi...apa-apa maklumat sekolah akan dimasukkan ke dalam blog nii..
Dan untuk kali ini saya ingin memapatkan beberapa foto tentang permandangan sekolah..memang sekolah nii agak lama dan tidak dapat menampung bilik-bilik khas..tetapi ini tidak mematahkan semangat kami untuk belajar.









skrokan

